KUALA LUMPUR, 18 Jul – Rail Rail Sdn Bhd pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel di Lembah Klang ingin memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang di atas kelewatan jadual perjalanan pada pagi tadi.
Kelewatan ini berpunca daripada bilangan jumpa tren yang beroperasi pada pagi tadi terhad 16 tren daripada 32 tren. Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Rapid KL di Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB), Puchong pada pukul 6.16pagi tadi. Masalah bekalan ini telah menyebabkan tren tidak dapat bergerak keluar dari depoh.
Tren baharu AMY hanya dapat dikeluarkan dari depoh selepas jam 7pagi setelah bekalan kuasa pulih sepenuhnya. Masalah ini telah menyebabkan pengguna terpaksa menunggu tren lebih lama khususnya di stesen pertukaran Chan Sow Lin.
Mulai 17 Julai 2016, laluan terus dari Sentul Timur ke Putra Heights dikenali sebagai Laluan Sri Petaling.
Laluan Ampang ditukar kepada laluan pengantara dari stesen Ampang ke Stesen Chan Sow Lin
Pengguna dari Laluan Sri Petaling yang ingin ke Laluan Ampang harus turun di Stesen Chan Sow Lin untuk bertukar platform ke Laluan Ampang, manakala penumpang dari Ampang yang ingin ke Sentul Timur atau Putra Heights harus bertukar platform di stesen yang sama.
Para penumpang dimohon untuk merujuk kepada notis penunjuk arah dan pengumuman dari sistem siaraya di stesen atau kakitangan bertugas sekiranya perlu.
Sekali lagi, kami ingin mohon maaf kepada para pelanggan kami dan bertekad untuk meneruskan usaha menambahbaik mutu perkhidmatan kami dari masa ke semasa.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment