KL CHRONICLE: @f_kedaulatan : ROHINGYA PERJUANGAN YANG TIADA KEPASTIAN

Monday, July 18, 2016

@f_kedaulatan : ROHINGYA PERJUANGAN YANG TIADA KEPASTIAN




Kehidupan bagi masyarakat Rohingya di Myanmar merupakan satu perjuangan yang berakar dari sudut sejarah yang panjang. Sejarah penghijrahan kaum Rohingya secara besar-besaran berlaku selepas kemerdekaan Myanmar (Burma) yang mana ia merupakan satu sejarah yang cukup kompleks. Sejak 1980an lagi proses migrasi Etnik Rohingya ke Malaysia telah berlaku secara berterusan tetapi agak perlahan.



Etnik Rohingya yang berasal dari Myanmar lebih dikenali sebagai pelarian tanpa negara oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan tempatan antaranya United Nations High Commisioner for Refugee (UNHCR), Human Right Watch (HRW), Amnesty International (AI) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Oleh kerana penafian hak kerakyatan oleh pihak berkuasa Myanmar secara zalim dan tidak berperikemanusiaan, penduduk Rohingya terpaksa berpindah dari kawasan mereka tinggal iaitu di Arakan, Myanmar. Mereka telah diberi penempatan khas oleh negara yang bersimpati dengan nasib mereka, antaranya Bangladesh, negara Arab, Thailand dan juga negara kita Malaysia.

Dunia hari ini telah memberi perhatian serius terhadap nasib pelarian Rohinya memandangkan mereka sedang menghadapi krisis diskriminasi hak asasi manusia yang sangat meruncing.

Mengikut anggaran dari sumber umum terdapat sekurang-kurangnya 10,000 Rohingya di Malaysia. Manakala dari sumber yang lain menganggarkan bilangan Rohingya makin meningkat dari tahun 1998 hinggalah 2005. Sukar untuk mengetahui jumlah sebenar mereka kerana mereka masih lagi dianggap sebagai pelarian atau pendatang tanpa izin dalam perundangan Malaysia.

Anggaran Populasi Ronhingya di Malaysia
> 1998 - 5000
> 1999 - 5100
> 2000 - 5100~8000
> 2003 - 8979
> 2004 - 10000~15000
>2005 - 10,000 ~~ 35,000

Seringkali penahanan entik Rohingya seperti yang dilaporkan oleh media mula agak ketara pada tahun akhir 1999 kerana ketika itu berlaku penghijrahan beramai-ramai. Kerajaan Malaysia bertindak bersikap secara positif untuk menerima golongan Rohingya sebagai pelarian, Ada juga cadangan untuk memberi mereka peluang pendidikan secara formal dan ruang pekerjaan namun masih belum berjaya diimplimentasi secara menyeluruh.

Di Malaysia, pelarian Rohingya belum lagi dibenarkan memasuki pendidikan formal kerajaan. Remaja mereka walaupun fasih berbahasa Melayu namun kebanyaakan dari mereka adalah buta huruf. Salah satu keinginan mereka adalah melihat anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Mereka sedar bahawa Malaysia belum boleh lagi menerima mereka atas sebab kekangan perundangan. Namun begitu mereka merasakan perlu menimba ilmu pengetahuan dengan mendaftar anak-anak mereka disekolah tertentu demi menjamin masa depan keluarga dan etnik mereka.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget