Baru - baru ini ada satu persatuan "ikan bilis" yang telah mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berikutan kes kemalangan di Terowong Menora yang melibatkan Ekspress Qistina dengan hampir 10 buah kenderaan. Antara tindakan yang persatuan ini mahu diambil terhadap SPAD ialah dengan meletakkan SPAD di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).
Bagi kami di #KLChronicle, desakan kurang bijak persatuan sebegini sebenarnya tidak menyelesaikan apa - apa masalah. Ini hanya merupakan desakan pemimpin persatuan yang mungkin tidak puas hati dengan SPAD atas sebab - sebab tertentu. Tidak lebih dari itu. Malah, adakah punca kemalangan ini disebabkan oleh SPAD? sudah pastinya tidak kerana fungsi SPAD adalah hanya menggantung lesen operator semasa siasatan ini dijalankan mengikut proses undang - undang sedia ada. Isu saman dan cukai jalan bukan terletak dibawah bidang kuasa SPAD.
Lagi satu, memetik kata - kata Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar:
Let me make it very clear. We are not the one that will decide kita di bawah siapa. It does not matter. Yang paling penting ialah kita dapat menjalankan tugas dan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Sekiranya kerajaan merasakan SPAD patut diletakkan di bawah MOT, itu ada prerogatif Kerajaan. Not ours.
Because at present SPAD is under the Prime Minister because the Akta provides for it. Bukan kita minta. He was involved in the drafting of it. He thought there should be a commission. Sepatunya sebagai sebuah suruhanjaya kita bebas dari sesiapa kecuali PM.
Kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar diatas adalah jelas. Jika kerajaan merasakan bahawasanya SPAD perlu diletakkan dibawah MOT, Perdana Menteri boleh memutuskan supaya ini dilaksanakan. Namun kini, sebagai sebuah suruhanjaya SPAD perlu bebas dari pengaruh mana - mana ahli politik dan businessman, sebab itu mereka hanya menjawab kepada Perdana Menteri.
Bagi kami di #KLChronicle, dari bergaduh SPAP patut diletakkan dibawah MOT, baik pembaca tanya kepada JPJ macam mana bas yang ada 63 saman boleh renew road tax mereka? Kan pelik tu. Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment