Portal pemberi maklumat Sarawak Report berbohong mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan memberikan maklumat palsu dan dakwaan tidak berasas langsung mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, kata Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, hari ini.
Sarawak Report baru-baru ini menerbitkan posting mengatakan kononnya Arul menyediakan "kenyataan palsu" kepada Bank Negara Malaysia mengenai wang tunai 1MDB di bank swasta Swiss BSI di Singapura.
1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.
"Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara.
"Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.
Arul merujuk kepada kerjasama 1MDB dengan pihak berkuasa mengenai akaunnya, mengulangi jaminannya sebelum ini siasatan akan memberikan jawapan kepada soalan mengenai urus niaga dan hutangnya.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semakan yang dijalankan pejabat ketua audit negara, dan berharap untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Inkuiri ini, yang telus dan dibuat kedua-dua pihak, sepatutnya boleh menjawab soalan yang dikemukakan mengenai syarikat ini.
"Kami meminta semua pihak menunggu hasil inkuiri bebas ini dan berhenti membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas buat waktu ini," katanya.
Sarawak Report melaporkan pada April, 1MDB kononnya mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di BSI Bank di Singapura.
3 comments:
Maklumat palsu apanya, kenyataan Arul Kanda mengenai USD 1.103 bilion itu apa cerita? Kononnya dah lihat penyata bank yang menunjukkan wang USD 1.103 bilion itu disimpan di BSI Singapore Limited, tetapi akhirnya membohong sahajalah, bila Najib sendiri kata simpan 'aset', lepas tu Menteri Kewangan Kedua Husni kata simpan 'unit', makin membohong dan terus membohong sahajalah puak-puak ini.
Para penyamun di 1MDB makin kepanasan, terutama ketua penyamun dan suspek kes jenayah memberikan maklumat palsu di parlimen yang kini sedang berlibur di Jepun, rahsia jahat mereka merompak harta negara makin hari makin terbongkar, sebelum ini mereka takbur, menghina macam-macam kepada Tun Dr. Mahathir, tapi akhirnya mereka jua yang tersungkur.
Kes ini sepatutnya dah jadi kes polis, dan patut disiasat oleh Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan PAC dan Audit Negara serta SPRM, kes ini amat serius, melibatkan ekonomi negara, bukan perkara kecil, tapi melibatkan kepentingan 25 juta rakyat Malaysia.
Malahan jawapan di parlimen mengenai 'aset-aset' 1MDB adalah juga merupakan pembohongan, mereka salahguna kuasa dapatkan tanah kerajaan dengan harga yang begitu rendah, lepas tu tayang seluruh dunia kononnya aset mereka RM 51 bilion, sedangkan sebahagian besar dari nilai aset itu adalah tanah yang dirompak dari kerajaan, merompak peruntukkan pembangunan rakyat Malaysia.
Jom saman aje Sarawak report macam Harakah kena saman oleh Mr Clueless
Post a Comment