Datuk Noor Ehsanuddin merupakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara |
Memetik kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Hussein;
"Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional kepada tranformasi PLKN dibentangkan kepada Kabinet minggu lepas dan saya minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.
"Cara bagaimana syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasi ini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media selepas meninjau Hari Terbuka Transformasi PLKN di Putrajaya, hari ini.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi ini wajar mendapat pujian kerana langkah transformasi yang diambil ini menunjukkan bahawa pemimpin - pemimpin ini mendengar denyut nadi rakyat dan bersedia untuk melakukan perubahan demi kebaikkan anak muda negara.
Selain itu, kami juga percaya modul baru ini akan meningkatkan "marketability" anak muda dalam dunia pekerjaan kerana modul baru ini akan melibatkan penyertaan syarikat swasta dimana sijil yang diperoleh oleh peserta PLKN akan menjadi lebih bernilai manakala pihak swasta tidak dengan mudah menolak permohonan kerja bekas pelatih yang pernah mendapat latihan sepertimana yang diperlukan syarikat berkenaan di PLKN.
Secara jujurnya kami berharap program PLKN dapat diteruskan dengan penambahbaikkan ini sekaligus meningkatkan mutu pelatih PLKN seterusnya menjadikan mereka aset berharga untuk negara.

No comments:
Post a Comment