GST
Pelbagai reaksi dan maklumbalas tentang GST kita dapat saksikan di media perdana dan media sosial akhir-akhir ini. Rata-rata ramai yang gelisah menanti tarikh keramat 1 April 2015. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan negara sudah melaksanakan GST dan ia terbukti sebuah sistem percukaian yang telus dan efisien.
Jika sistem ini tidak bagus, perkara ini sepatutnya jadi berita gembira buat golongan anti-kerajaan. Ini memudahkan proses mereka untuk menukar kerjaan dalam pilihanraya akan datang. Pihak pembangkang hanya perlu berdiam dan tersenyum melihat perlaksanaan yang bakal menghancurkan kerajaan sedia ada. Tetapi apa yang berlaku memperlihatkan ramai yang masih sayangkan kerajaan sedia ada.
GST juga utk mengelakkan peniaga lari drpd membayar cukai walhal harga yang tinggi dikenakan kepada pengguna. Dengan GST, cukai yg diterima akan disalurkan semula kepada rakyat. Kerana berdasarkan kajian ramai peniaga yang lari drpd membayar cukai kepada kerajaan namun melaporkan keuntungan yang sihat.
Faktor utama yang mengundang kegusaran para pengguna adalah sikap tidak bertanggunjawab sebahagian peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati dengan gunakan alasan GST. Pihak KPDNKK perlu memainkan peranan dengan menyenaraikan barangan yang harganya bakal naik, kekal dan bakal turun die semua dada-dada akhbar dan pasaraya besar.
Ini bagi memberi panduan buat pengguna dan peniaga secara telus. Di samping itu pegawai penguatkuasaan perlu dikerah bagi mengawal harga barang. Jika pegawai tidak cukup bukan alasan. Pengguna juga boleh mainkan peranan dengan laporkan salah laku peniaga di saluran KPDNKK di sosial media. Persatuan pengguna juga amat arif dengan peranan ini.
Setelah perlaksanaan, tentunya revenue kerajaan akan meningkat. Perbelanjaan berhemah pihak kerajaan yang dituntut rakyat di samping rakyat mahu merasa pulangan dari revenue yang telah diperolehi. Diharap perkhidmatan pengangkutan awam, kemudahan jalanraya, bantuan dan subsidi dapat dipertingkat. Kerajaan juga perlu komited dalam menjalankan amanah dengan membela ramai lagi orang yang tidak bernasib baik termasuk mangsa banjir Pantai Timur.
Beri ruang pada perlaksanaan baru kita nampak hasilnya. Ingat... Sepatutnya tidak semua barang naik harga. Bertindak guna kuasa pengguna.
Rezal Fahmi Arjunaidi
Tower 3 KLCC
1 comment:
SAYA BAPAK JOKO INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 17 TAHUN DAN 17 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL, DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI PAREWANGI,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI PAREWANGI DAN AKHIRNYA AKI PAREWANGI MEMBERIKAN ANGKA 4D DAN TUYUL, DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI PAREWANGI SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTANG AKI PAREWANGI …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI/SMS DI NOMOR 085-222-967-279 DIJAMIN 100% TEMBUS...???
Post a Comment