KL CHRONICLE: Tahniah @PDRMsia , Akhirnya Editor @tm_insider ditangkap kerana menghasut!

Tuesday, March 31, 2015

Tahniah @PDRMsia , Akhirnya Editor @tm_insider ditangkap kerana menghasut!



Polis hari ini menangkap penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq mengikut Akta Hasutan berhubung laporan di portal berita itu berhubung undang-undang jenayah Islam atau hudud.


Kedua-duanya ditahan apabila tiba di balai polis Dang Wangi pagi ini bagi direkodkan kenyataan mereka selepas terdahulu, tiga pengarang kanan TMI ditangkap petang semalam.

Polis berkata mereka akan memohon perintah reman ke atas Ho dan Jahabar dan tiga pengarang lain iaitu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong.

"Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel hudud," kata Jahabar sebelum ditangkap.

"Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa," katanya. – 31 Mac, 2015.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget