KL CHRONICLE: Sudahlah Malaysiakini Fitnah MOA, Apa Kata Turun Bantu Mangsa Banjir?

Friday, January 2, 2015

Sudahlah Malaysiakini Fitnah MOA, Apa Kata Turun Bantu Mangsa Banjir?

Banyak yang telah dilakukan DS Ismail Sabri dan MOA untuk membantu mangsa banjir tetapi Malaysiakini melihat perkara ini sebagai ancaman lalu melakukan fitnah yang tidak bertanggungjawab

Baru-baru ini Malaysiakini sekali lagi  keluarkan artikel berbentuk fitnah apabila mengatakan Ministry of Agriculture (MOA) kononya lambat menghantar bantuan kerana menunggu "print out" gambar PM @NajibRazak dan Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.




Namun sebenarnya apa yang TIDAK DICERITAKAN oleh Malaysiakini adalah sejak daripada 18 December 2014, ketika bermulanya banjir di Kelantan MOA telah libatkan diri secara langsung melalui KADA untuk menghantar keperluan bekalan kepada mangsa banjir. This has been going on for 3 weeks.

Pada 26 December 2014 pula, seluruh agensi dibawah MOA mula dilibatkan dimana MOA telah  mobilize semua agensi dan melakukan agihan tugasan selain menggunalan segala aset-aset MOA dan juga meminta bantuan nelayan peladang etc. No efforts was spared in ensuring the wellbeing of all flood victims.

Sehingga kini MOA telah salurkan bantuan ke 8 negeri melibatkan 51 kawasan parlimen, tidak kira sama ada negeri atau kawasan parlimen itu milik BN atau pembangkang. Semua ditolong sebaik mungkin kerana ini merupakan misi kemanusian.

Untuk pengetahuan Malaysiakini, MOA telah keluarkan belanja sendiri sebanyak RM1.821juta setakat hari ini. Selain itu, untuk streamline arahan dan urusan, MOA telah wujudkan command centre di Dengkil dan setiap negeri yg terlibat.

Jadi jika kita teliti, banyak perkara yang telah dilakukan oleh MOA untuk membantu mangsa banjir. Jadi untuk Malaysiakini kritik dan fitnah MOA kami di #KLChronicle merasakan tindakan kritik ini tidak bertanggungjawab. Kami tertanya juga Malaysiakini ada ke turun ke kawasan banjir atau hanya menjadi keyboard warrior di pejabat mereka di Bangsar?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget