KL CHRONICLE: Ustazah Express PAS @abby_abadi112 Harus Cermin Diri Sebelum Kutuk & Hina Dato Dr. Mashitah Ibrahim

Friday, December 5, 2014

Ustazah Express PAS @abby_abadi112 Harus Cermin Diri Sebelum Kutuk & Hina Dato Dr. Mashitah Ibrahim



"Ustazah Express" PAS, Puan. Abby Abadi eloklah cermin diri dulu sebelum mula mengutuk dan menghina Dato Dr. Mashitah Ibrahim kononya tidak menghormati golongan yang berhijrah menjadi lebih baik. Kami di #KLChronicle merasakan Pn. Abby Abadi ini mempunyai masalah pendengaran ataupun mempunyai masalah untuk membaca teks ucapan Dato Dr. Mashitah Ibrahim. Jika kita teliti betul ucapan Dato Dr. Mashitah Ibrahim di #PAU2014 baru - baru ini, kita akan dapat lihat bahawa ucapan Dato Dr. Mashitah adakah bersifat "General" dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa.



Kami telah mendapatkan teks ucapan Dato Dr. Mashitah dan berikut adalah ucapan beliau yang telah membuat Pn. Abby Abadi melompat tidak tentu pasal:

Kewujudan ramai ustaz dan ustazah jadian - yang asalnya pelakon, penyanyi atau rocker kemudian masuk Pas – turut mencelaru keadaan dengan memberi pandangan yang menyimpang. 

Mereka mungkin ada kesedaran dan semangat Islam, tapi ini tidak menjadikan mereka ustaz atau ulama yang boleh bercakap tentang hukum hakam. Dalam soal agama, kita mesti berhati-hati. Tidak boleh semberono. 

Orang yang berilmu seperti ulama boleh bercakap tentang agama kerana mereka ada wibawa. Jika tiada ilmu dan tiada wibawa maka tidak boleh. Nak jadi kontraktor wibawa pun kena ada sijil, baru boleh buat masjid atau bangunan.  Seorang pesakit tidak boleh menjadi doktor semata-mata kerana dia sering keluar masuk hospital. Begitu juga seseorang yang selalu naik turun mahkamah tidak semestinya boleh jadi hakim.

Jika dilihat dari teks ucapan tersebut, tidak ada pun kritikan Dato Dr. Mashitah terhadap mereka yang berhijrah ke arah kebaikan. Cuma yang dikatakan oleh Dato Dr. Mashitah adalah bahawa mereka yang berhijrah ini tidak boleh semberono mengeluarkan hukum hakam. Dalam soal agama mesti berhati-hati. Jadi kenapa pula Abby Abadi hendak terasa tidak tentu pasal?




Bak kata-kata orang Melayu, siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya. Umum ketahui bahawa Abby Abadi adalah antara "produk" PAS yang cuba dijual kepada ahli PAS dan juga penyokong PAS contohnya PAS telah "mengislamkan" Abby Abadi. Namun orang ramai kini sudah lebih matang dan faham bahawa PAS dan ISLAM adalah dua perkara yang berbeza.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Dato Dr. Mashitah Ibrahim kerana telah membuka mata ahli UMNO secara khususnya dan orang Islam Malaysia secara amnya bahawa agama kita kini diancam dari pelbagai bentuk dan cara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami di #KLChronicle akan terus bertekad membantu Dato Dr. Mashitah untuk menyampaikan maklumat berkaitan hal-hal agama dan memastikan pihak pembangkang tidak suka hati mengeluarkan lagi ustaz serta ustazah ekspress untuk mengelirukan rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget