Friday, December 5, 2014
salah Faham Konsep Asobiyyah Antara Punca Melayu Berpecah
Memang bagi Aktivis dan Islamis, asobiyyah ni pantang bagi mereka kerana bagi mereka Haram dan Jahiliyyah. Tetapi Ibn Khaldun adalah sarjana pertama mengungkapkan kepentingan dan keperluan asobiyyah sebagai asas pembinaan peradaban Islam yang beliau sebut sebagai Asobiyyah Qurasyh khususnya Asobiyya Banu 'Abd Manaf.
Konsep Asobiyyah ini dalam Bahasa Eropah disebut sebagai Espirit de Corps. Disebabkan orang Melayu kita dah hilang Espirit de Corps inilah akibat dimomokkan dengan ciri2 Haram dan Jahiliyyah oleh Aktivis/Islamis kita tak hendak memperjuangkan hak-hak Melayu yang didalamnya banyak meliputi hak-hak Islam sekaligus.
Orang2 Cina di Malaysia tak kira MCA ke DAP ke PKR boleh bersatu dan bersama dalam banyak hal demi kepentingan bahasa, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi mereka atas dasar Asobiyyah Kecinaan. Disebabkan orang2 Melayu sudah membuang Asobiyyah Kemelayuan mereka maka tidak mungkin untuk mereka bersatu dan bersama dalam banyak hal.
( DT - Seperkara yang saya perhatikan, orang Pas tidak kisah pula kalau kaum lain memperjuangkan budaya dan hak kaum mereka, malahan disokong dan diraikan pula. Tapi kalau orang Melayu ..... Asobiyyah ! )
Melayu Tidak Harus Rendahkan Nilai Bangsa Sendiri
Ajaib, dengan keadaan sifat-sifat Melayu yang sering digambarkan buruk belaka malah oleh orang Melayu sendiri, manusia-manusia Melayu dapat membina sebuah negara yang stabil, aman dan makmur jauh lebih baik dari banyak negara yang mencapai kemerdekaan lebih kurang pada waktu yang sama di banyak tempat di Asia, Timur-Tengah, Afrika dan Amerika Selatan !
Seburuk-buruk sifat Melayu seperti yang dimomokkan itu, kita jauh lebih baik dari orang Arab dan Afrika malah India dan Pakistan yang lebih mudah menumpahkan darah sesama mereka !
Fenomena melakukan generalisasi memburuk-burukkan sifat orang Melayu yang dipelopori para penjajah telah disanggah oleh Arwah Prof Syed Hussein Alatas dalam buku beliau Mitos Peribumi Malas.
Ahli-ahli sosiologi seperti Robert K. Merton mengasaskan konsep Self-Fulfilling Prophecy bilamana seseorang akan cenderung menjadikan dirinya sepertimana gambaran terhadap dirinya diabsahkah dlm kehidupan. Atau ahli sosiologi terkenal Algeria Malik Bennabi menyebut idea Colonializability iaitu bagaimana minda orang terjajah akan lebih selesa hidup dalam keadaan dijajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment