KL CHRONICLE: Peringatan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim Ancaman Islamic State di Malaysia Wajar Diberi Perhatian Serius

Monday, December 22, 2014

Peringatan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim Ancaman Islamic State di Malaysia Wajar Diberi Perhatian Serius

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim memberi peringatan bahayanya gerakan militan Islamic State (IS) terhadap
anak muda beragama Islam

Pada 18 Disember yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kes dimana seorang bekas jurulatih PLKN ditahan kerana terlibat dengan militan Islamic State (IS). Bagi kami, tindakan pantas @PDRMSia ini wajar diberi pujian kerana adalah penting bagi PDRM untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada bekas jurulatih PLKN ini sebelum lebih ramai rakyat Malaysia mula terjebak dalam "peperangan" yang tidak wajar ini. 



Sehubungan dengan itu, kami juga ingin menarik perhatian pembaca terhadap ucapan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang telah lebih awal memberi amaran kepada para perwakilan UMNO tentang bahayanya "virus" Islamic State ini kepada kerajaan Malaysia secara amnya dan umat islam secara khususnya. Berikut adalah teks ucapan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim:

19, Kini, semakin ramai yang menyertai gerakan militan ‘Negara Islam’ (Islamic State) berperang di Syria-Iraq, juga kerana ingin mati syahid dan masuk syurga. Ramai dikatakan orang muda dari seluruh dunia. Ini manifestasi gejolak anak muda yang ingin jadi seperti Saidina Hamzah, menjadi Ahl Badar, nak mati syahid kerana mati syahid membawa ke syurga. Daripada 12,000 ribu rakyat asing yang kononnya sudah bersama IS, 15 orang adalah rakyat Malaysia, termasuk perempuan remaja yang sanggup menjadi isteri pejuang IS kononnya pengorbanan yang juga akan membawa mereka ke syurga. Terbentuk dalam minda mereka satu persepsi atau pemikiran bahawa jalan terbaik ialah berjihad.


20. Tapi hakikatnya kena faham betul-betul. Jihad kalau dipupuk dengan cara yang betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan tuntutan Islam dalam segala aspek kehidupan. Tapi jika diselewengkan maknanya, ia boleh menjadi ancaman dan menyemarakkan lagi Islamophobia di kalangan Barat dan hanya akan meng’iya’kan label terroris pada umat Islam. Kumpulan IS diketahui membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan memenggal kepala tebusan. Perbuatan seperti ini atas nama Islam bukan sahaja kejam dan tidak bertamadun, malah merosakkan imej agama Islam di kaca mata dunia lebih-lebih lagi ketika dunia  Barat yang kian beranggapan bahawa  Islam adalah agama yang menganjurkan keganasan.


21. Perjuangan dan pengorbanan yang diajarkan Islam bukan seperti perbuatan menjadi pengebom berani mati dan memenggal kepala orang yang tidak berdosa atas alasan agama kerana ia dilarang keras disisi Islam. Ini bukan jihad, dan tentunya bukan jalan masuk syurga. Sebenarnya, tidak ada jalan pintas atau special highway atau express lane ke syurga. Nak masuk syurga tidaklah semudah itu.


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ( البقرة)214)
 

Apakah kamu sangka semudah itu kamu blh jejak syurga Allah:
Inilah laluan Asiah Mazahim, isteri Firaun, bila dia berdoa
 

“وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ


22. Malaysia selaku sebuah negara majmuk perlu berwaspada terhadap sebarang ideologi berpaksikan  fanatisme, perkauman atau keganasan  bersifat militan agar tidak menyusup ke dalam pemikiran anak muda  Islam kerana penduduk Malaysia  terdiri daripada pelbagai keturunan, agama dan budaya. Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di negara ini dan menganggapnya sebagai satu aset yang dibanggakan. Sebagai perintis ‘Gerakan Kesederhanaan Sedunia (GMM)’ yang berpaksikan pendekatan wasatiyyah, Malaysia mengutuk perjuangan melampau dan militan seperti IS yang langsung tidak mencermin atau menonjolkan kemurnian Islam yang sebenar. Berkaitan ini, Malaysia menyokong penuh  Resolusi  2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menentang  sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada IS.

Kenyataan Datuk Dr. Mashitah diatas nampaknya semakin "kena" dengan senario politik dan agama Islam di negara ini. Telah terbukti ramai anak muda yang beragama Islam telah terpedaya dengan ideologi berpaksikan  fanatisme, perkauman atau keganasan  bersifat militan sehingga ada anak muda yang ditangkap kerana terlibat dengan Islamic State (IS). 

Kami di #KLChronicle ingin menyeru pihak berwajib untuk terus melipat gandakan usaha untuk menghalang ideologi ini dari terus berpaksi di negara ini. Cukuplah dengan negara Islam di Timur Tengah hancur kerana peperangan. Janganlah kita jadikan negara air tercinta ini sebagai medan melahirkan militan Islam. It is just not worth it!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget