KL CHRONICLE: Kanak-kanak 9 tahun maut jatuh flat dari tingkat 9 di Lembah Pantai mana @N_izzah?

Tuesday, December 23, 2014

Kanak-kanak 9 tahun maut jatuh flat dari tingkat 9 di Lembah Pantai mana @N_izzah?



Seorang kanak-kanak lelaki 9 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat 9, Flat Taman Bukit Angkasa, Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak itu dipercayai pergi ke balkoni untuk mengambil seliparnya namun terjatuh akibat tergelincir.



"Ketika kejadian ibu mangsa difahamkan tiada di rumah kerana sedang bekerja. Mangsa yang merupakan anak tunggal, tinggal bersama ibunya. Ibu dan bapanya sudah bercerai," katanya.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
"Siasatan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. – Bernama, 22 Disember, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget