KL CHRONICLE: "Kami Belum Mati" kata Mangsa Banjir di Manik Urai, Kelantan

Thursday, December 25, 2014

"Kami Belum Mati" kata Mangsa Banjir di Manik Urai, Kelantan


Sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik," tulis seorang pakar bius yang terperangkap di Hospital Kuala Krai kepada rakannya melalui kumpulan Whatsapp.



Ia salah satu mesej telefon yang tersebar bagi membayangkan teruknya banjir yang sedang melanda negara sekarang.
Banjir di Kelantan khasnya di Kuala Krai disifatkan paling teruk dalam sejarah apabila ia melibatkan semua kawasan.
Namun tidak ramai tahu setakat manakah yang dikatakan 'krtikal' itu jika tidak mendengar daripada mereka yang terlibat.
Berikut adalah mesej seterusnya kakitangan hospital berkenaan melalui kumpulan Whatapps yang disahkan benar oleh saksi kejadian.
Ia diedit semula untuk membolehkan semua pihak memahami situasi yang berlaku tanpa lari daripada mesej asal yang dibuat kakitangan hospital bernama Adibah yang dihantar malam tadi.
[24/12 20:07] adibah ab1: Air memang masih menaik. Keluarga saya dah lari atas bukit. Kami kat hospital masih bertahan..bot pon  tak boleh sampai bawa bantuan sebab arus laju sangat.
[24/12 20:07] adibah ab1: Dengarnye army akan hantar bantuan melalui helikopter. Kalau air tak surut-surut. Esok mungkin akan evacuate patient (pindahkan pesakit) dengan helikopter sebab bekalan oksigen pun tak tahan lama.
[24/12 20:09] adibah ab1: Bekalan elektrik dah putus satu bandar (Kuala Krai). Kami kat hospital guna generator... mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat.
Talian telefon slow-slow (perlahan-lahan) nak putus dah, landline TM dah tak berfungsi. Maxis dan Digi takda line. Celcom boleh lagi sikit-sikit.
[24/12 20:11] adibah ab1: Kalau tengok berita, mereka tak cerita sangat pun how bad things are over here (bagaimana teruknya keadaan di sini). They kept saying that situations are bad (Mereka terus berkata, situasi sangat teruk)...tapi khabar berita tentang berapa teruk tu tak diberitahu pun.
Orang sebarkan berita melalui Whatsapp dan Facebook...it's like the nation doesnt really care. (seolah-olah negara tidak ambil peduli).
Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis? Pui.
[24/12 20:14] adibah ab1: My staffs are working round the clock (Kakitangan saya bertugas sepanjang masa) Orang sama je tak henti henti kerja. Dapur gelap gelita...untuk masak untuk beratus-ratus orang, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU.
Kat Manek Urai (di Kuala Krai)...beribu-ribu orang berlindung kat sekolah yang hampir tenggelam, duduk atas bukit yang hampir tenggelam.
Sebuah heli bantuan pun tak nampak.
[24/12 20:18] adibah ab1: Kami doktor bius duk fikir tentang patient icu. Bernafas dengan mesin. Kat Kota Bharu, Hospital USM, semua dah penuh.
Air pun dah makin naik kat Kota Bharu...diorang tengah fikir nak pindahkan berpuluh-puluh patient yang bernafas dengan mesin kat sana, nak pindah ke mana.
[24/12 20:23] adibah ab1: Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dengan bot bomba, keluarganya masih terdampar kat hospital. Tak tahu nak pergi ke mana.
Hospital ni adalah tempat paling selamat di bandar Kuala Krai sekarang.
Kami masih ok...masih boleh fikir tentang makan, tentang pakaian, tentang ubat.
Belum fikir tentang mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing-masing....pesan-pesan...kirim salam. Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising (sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang lagi tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik).
Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here. (saya akan cuba hantar cerita kami kat sini)
[24/12 20:24] adibah ab1: Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here (sesetengah kami di sini), rumah-rumah dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam.
Selain itu, mesej-mesej memohon pertolongan juga disebarkan melalui suara yang disebarkan melalui laman sosial. – 25 Disember, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget