KL CHRONICLE: Bodoh punya SAMM & @chegubard

Thursday, December 25, 2014

Bodoh punya SAMM & @chegubard

Dua orang nyaris maut setelah beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang pada 26 Jun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.


#KLChronicle says : Nampak gayanya kumpulan militan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ini hanya tahu memberi komen tentang suatu kejadian/isu tanpa menggunakan akal fikiran (tak sure la ada akal ke x). Bila suatu kejadian berlaku dalam sektor pembinaan/project, perkara utama yang akan dilakukan oleh "client" atau contractor adalah mengarahkan "stop work" policy serta merta. 

Langkah kedua adalah menubuhkan satu "independent investigation team" untuk menyiasat kejadian dan mengetahui "root cause" yang menyebabkan suatu insiden berlaku. Kemudian, langkah ketiga adalah menyediakan "close-out report & findings" dimana hasil siasatan akan dibentang kepada Board of Directors (& mungkin kerajaan). Jadi apa yang korang dok mengarut ni syaitan? 


KENYATAAN SAMM

Susulan insiden runtuhan tapak binaan LRT yang meragut dua nyawa semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pembinaan LRT dan MRT di Lembah Klang dihentikan sementara bagi meneliti semua prosedur keselamatan yang perlu terlebih dahulu.


Dalam satu kenyataannya hari ini, SAMM juga menggesa Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang terlibat dalam pembinaan itu.

"SAMM mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet segera ambil tindakan tegas terhadap kontraktor terlibat.

"Termasuk dengan menghantar pasukan pemeriksa dan menghentikan sementara semua projek ini sehingga selesai pemeriksaan prosedur keselamatan bagi mengelakkan terjadi lagi insiden kemalangan seperti ini," kata Penyelaras Kebangsaan SAMM Mohd Azif Mohd Arif.

Kejadian berlaku di tapak pembinaan LRT Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights jam 4.20 petang semalam ketika 6 pekerja menjalankan proses meratakan konkrit cair pada lantai di tingkat satu sebelum ia runtuh lalu menghempap dua pekerja pekerja binaan warga Bangladesh, yang berada di tingkat bawah.

Azif berkata, SAMM menyifatkan projek tersebut yang tujuan asalnya memberi manfaat kepada rakyat kini bertukar menjadi projek meragut nyawa.

"Berapa banyak lagi kemalangan jiwa yang perlu dikorbankan dengan sikap sambil lewa pemerintah ini?

"Adakah nyawa pekerja binaan ini sangat tidak berharga? Walaupun mereka bukan rakyat tempatan, apakah kita tidak perlu memikirkan mengenai nasib mereka?" soalnya.

Katanya, insiden tersebut hingga meragut nyawa pekerja buruh binaan, bukan pertama kali berlaku sejak projek itu dimulakan 2013.

"Sudah 5 kali insiden seperti ini berlaku. Dan kita terus menjadi buta, pekak dan bisu terhadap kontraktor yang mengabaikan keselamatan di lokasi pembinaan," katanya.

Dalam kejadian itu, dua pekerja terselamat, manakala empat lagi cedera dan dihantar ke Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Insiden pertama tahun ini berlaku pada 26 Jun lepas, apabila dua orang nyaris maut setelah beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka.

Besi itu terlepas daripada mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic. – 25 Disember, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget