KL CHRONICLE: @rafiziramli adalah punca Perpecahan PR & tumbangnya Kerajaan Selangor

Wednesday, August 13, 2014

@rafiziramli adalah punca Perpecahan PR & tumbangnya Kerajaan Selangor


Segala permasalahan yang berlaku didalam PKR  dan Pakatan Rakyat adalah berpunca daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Pengarah strategik ini, yang telah mengilhamkan "Langkah Kajang" kini diam seribu bahasa ekoran tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua EXCO dari PKR dan DAP. 


Rafizi Ramli juga, dengan tidak rasa malu atau bersalah telah mencadangkan bahawa Pilihanraya Negeri Selangor diadakan bagi memilih kerajaan negeri yang baru. Bagi saya, cadangan ini adalah sesuatu yang bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, mengapa rakyat yang perlu menanggung kos Pilihanraya yang akan memakan ratusan juta ringgit sedangkan masalah yang timbul sekarang adalah disebabkan oleh PKR dan kerakusan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermati-matian mahu isteri beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Sepanjang krisis Menteri Besar ini berlaku, rakyat Selangor telah menjadi mangsa keadaan and is paying a heavy price for it. Isu seperti bekalan air bersih kini seperti dilupakan walaupun umum ketahui ia merupakan satu masalah yang kritikal dimana impak ketiadaan air ini akan menjejaskan kehidupan penduduk dan juga ekonomi negeri Selangor. 

Jesteru itu saya memohon rakyat Malaysia secara amnya dan Selangor secara khususnya menilai semula prestasi, pentadbiran serta kepimpinan PKR dan PR. Usahlah kita ulangi kesilapan yang sama dengan memilih orang yang tidak bertanggungjawab menjadi kerajaan, kerana akhirnya rakyat yang binasa. 

The KL Chronicle
www.thekl-chronicle.blogspot.com

Nota : Pastikan share artikel ini untuk menyedarkan rakyat tentang perkara diatas. Terima Kasih. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget