KL CHRONICLE: Langkah Kajang PKR dan @rafiziramli Hancurkan Pakatan Pembangkang

Sunday, August 3, 2014

Langkah Kajang PKR dan @rafiziramli Hancurkan Pakatan Pembangkang

Rafizi punca utama perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat
Langkah Kajang yang diilhamkan PKR bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya mengundang perpecahan dalam parti komponen pembangkang itu, dakwa Utusan Malaysia.




Pengarang beritanya, Zulkifli Jalil berkata objektif Langkah Kajang kini jelas terserlah apabila matlamat utamanya bukan sahaja untuk memandu PR ke Putrajaya, tetapi apa yang lebih penting untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Konon pada awalnya dimomokkan untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang, tetapi akhirnya 'tembelang pecah' untuk menggulingkan Khalid.

“Akhirnya setelah tidak mampu menanggungnya, keluarlah kepala kura-kura yang sebenarnya cukup berkobar mahu meletakkan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) di kerusi menteri besar.

“Tanpa mengira soal anak jati Selangor, suka atau tidak rakyat negeri itu serta perkara lebih besar – perkenan Sultan – impian tetap menggunung,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan berkata, semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakannya bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat apa kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar.

Menurut Nik Aziz, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas PRU13 lalu.

Zulkifli berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berserabut mengenangkan Langkah Kajang yang tidak menjadi selain mendapat tentangan daripada presiden PAS.

Katanya, Khalid perlu membaiki kelemahan kepimpinannya secara drastik supaya kesilapan yang berlaku dalam PR sebelum ini tidak berulang.

“Kerana 'Langkah Kajang', imej Anwar tercalar teruk. Dimalukan oleh sekutu sendiri, PAS yang menyokong Khalid. DAP sendiri tidak terkata apa.

“Anwar sendiri selaku ketua pembangkang mengakui 'Langkah Kajang' yang dicetuskannya mempunyai kelemahan sehingga menjerumuskan PKR ke dalam pelbagai isu,” katanya.

Utusan Malaysia turut membangkitkan persoalan sekiranya tujuan Khalid digugurkan kerana beliau enggan mengikut telunjuk Anwar membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan harga RM2.5 bilion.

Katanya, Anwar sehingga kini masih belum menjawab tuduhan pembelian Splash itu yang didakwa tawaran asalnya berharga RM250 juta.

“Hal ini turut dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Anak Pakatan Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed yang menurutnya, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Khalid memenuhi permintaan itu sehingga menyebabkan desakan untuk beliau berundur.

“Setakat kelmarin, hanya pengambilalihan Splash belum dimuktamadkan lagi. Anwar dimalukan dengan 'Langkah Kajang'nya. Sepatutnya sudah berhenti membuat kenyataan soal itu,” katanya. – 3 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget