KL CHRONICLE: Kunjungan Hormat @mpkotabelud Ke Sarawak Berjaya, Pelbagai Program Akan Dilaksanakan

Tuesday, July 8, 2014

Kunjungan Hormat @mpkotabelud Ke Sarawak Berjaya, Pelbagai Program Akan Dilaksanakan


Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini telah melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pagi ini. Lawatan ini merupakan lawatan pertama Dato' Abdul Rahman ke Sarawak semenjak Tan Sri Adenan Satem menjawat jawatan Ketua Menteri menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini adalah gabenor negeri Sarawak. 



Pertemuan Dato' Abdul Rahman Dahlan dengan Tan Sri Adenan Satem adalah untuk berbincang mengenai isu perumahan dan kerajaan tempatan melibatkan kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Bintulu dan Miri. Selain itu, isu perumahan mampu milik yang kini mendapat perhatian rakyat di negara ini juga turut dibincangkan. Dimana kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi warga Sarawak sesuai dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. 

Selain isu perumahan secara amnya dan rumah mampu milik secara khasnya, turut dibincangkan dalam pertemuan pagi ini adalah berkaitan penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Sarawak dimana JPP ini adalah sebagai satu inisiatif transformasi pengurusan bandar. 

JPP ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam program dan pembangunan kawasan setempat, membantu menangani kesejahteraan bandar dan mewujudkan hubungan baik di kejiranan setempat. Selain itu, JPP akan berfungsi untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, insiatif, program dan aktiviti pihak berkuasa tempatan. 

Malah, jika diteliti dengan betul, penubuhan JPP juga akan mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk bandar dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan, bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengawasi keselamatan kawasan kejiranan dan membantu menangani kebersihan, kesihatan dan alam sekitar.

Secara konklusinya, lawatan kerja Dato Abdul Rahman hari ini ke Sarawak telah berjaya memulakan proses menambah baik sistem pengurusan kerajaan tempatan dan juga meningkatkan lagi pilihan bagi rakyat tempatan dalam membeli rumah mampu milik  di negeri ini, seterusnya menjadikan Sarawak negeri yang akan bertambah maju dan makmur dalam tahun yang mendatang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget