KL CHRONICLE: Gereja Katolik perlu hormat keputusan mahkamah, jangan buat provokasi

Monday, June 23, 2014

Gereja Katolik perlu hormat keputusan mahkamah, jangan buat provokasi


Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa gereja Katolik menghormati keputusan mahkamah dengan tidak mengeluarkan kenyataan atau perbuatan provokasi yang dilihat menentang keputusan itu.




Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata apa yang diputuskan Mahkamah Persekutuan untuk tidak membenarkan rayuan gereja untuk menggunakan kalimah Allah bertepatan dengan maqasid syariah demi menjaga kedaulatan Islam.

“Saya menyeru pihak gereja menerima keputusan dengan senang hati.

"Elakkan apa-apa kenyataan, tindakan provokasi atau mencabar keputusan mahkamah serta perlu mengutamakan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah berkata, Isma bersyukur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

"Keputusan ini mengukuhkan maksud Islam sebagai agama persekutuan dan kami menerima keputusan dengan penuh kesyukuran serta berharap ia akan menamatkan ketegangan agama.

"Kita berharap semua pihak terutamanya gereja menerimanya dengan senang hati,” katanya.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyeru kerajaan Pakatan Rakyat (PR) agar menutup sekolah vernakular di negeri masing-masing jika benar mahu memperjuangkan Bible dalam bahasa Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihak yang mahukan Bible dicetak dalam bahasa Melayu mempunyai niat yang tidak baik iaitu mahu memesongkan akidah umat Islam.

"Ini mulanya dicetuskan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa menyambut Krismas tahun lalu. Beliau menggesa kerajaan mengizinkan Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.

"Jika betul mereka pentingkan dan hendak mendaulatkan bahasa Melayu, saya cabar mereka tutup sekolah bahasa ibunda dan masuk sekolah kebangsaan," katanya ketika berucap di hadapan ratusan umat Islam di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. – 23 Jun, 2014.

1 comment:

maae said...

Masa Melayu Islam bangkit ! Jangan bermimpi lagi !

Masa nya juga menghapus munafik dan gejala liberal / pluralisma. Kita tidak mahu juga kepada Penggadai Harta / Tanah milik Melayu mengikut suka secara nyata atau halus.

Bila Melayu itu teguh, ekonomi juga boleh kita kawal demi masa depan warisan bersama dari rumpun berbeza-beza.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget