KL CHRONICLE: Larangan guna ‘Allah’ kekal, Desakan & Tuntutan Gereja Katolik tamat

Monday, June 23, 2014

Larangan guna ‘Allah’ kekal, Desakan & Tuntutan Gereja Katolik tamat



Tuntutan serta Desakan Gereja Katolik Malaysia untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan mereka, Herald, tamat hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap larangan itu.




Empat daripada tujuh panel hakim menolak permohonan gereja itu untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan itu dalam terbitan mingguan Katolik berkenaan.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Pemerhati berkata, keputusan itu membawa kesan lebih besar terhadap kebebasan beragama, walaupun Putrajaya memberi jaminan keputusan itu hanya membabitkan Herald.

Perkataan Allah digunakan secara meluas oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawan dan gereja mendakwa larangan penggunaannya di dalam Herald adalah tindakan mencemar kebebasan beragama.

Di luar Istana Keadilan, Putrajaya, kedengaran laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘Takbir, Allah’ daripada kumpulan Islam yang berkumpul ketika keputusan mahkamah dibacakan. – 23 Jun, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget