Bodoh, Bodoh, Bodoh.... |
KLChronicle : Artikel diatas telah dikeluarkan oleh portal Pembangkang The Malaysian Insider. Akhirnya akibat marah terhadap Anwar Ibrahim yang memanggil mereka bodoh, orang Cina telah mengundi calon Barisan Nasional Datuk Mah dan memastikan BN menang di Teluk Intan. Persoalanya sekarang, siapa yang Bodoh? Adakah orang Cina atau Anwar Ibrahim?
Selepas segala "kritikan" yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut.
"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai.
"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.
Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai pemimpin yang tidak pernah penat.
"Dyana masih muda, sekiranya dia melakukan salah, kita boleh mengajar dia, Kit Siang ada, beliau melatih sendiri Dyana dalam politik ini.
"Adakah anda fikir senang bekerja dengan Kit Siang, Beliau tidak tahu makna penat, tidak tahu untuk tidur saya juga tidak tahu apa yang beliau amalkan, mungkin tablet ginseng atau Tongkat Ali," kata Anwar.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyelar BN ekoran politik bikini yang dimainkan bagi menentang Dyana Sofya selain menjadi mangsa samseng, sexism, dan laman sosial kempen sejak daripada pengumuman beliau.
"Bercakap mengenai pendidikan polisi BN, apa yang anda mahu lakukan untuk penduduk Teluk Intan, adalah harga barangan berpatutan, sebaliknya mereka tanya: apa warna lipstik, apa jenama bikini yang kamu paka
"Politik Umno BN biarpun Islam tetapi anda tidak boleh menipu menghina orang. Ini adalah politik 'xiao ren' menghina," katanya.
Selain itu, Anwar juga keliru apabila Gerakan masih menuntut undi daripada pengundi di Teluk Intan memandangkan prestasi di Pulau Pinang.
"Adakah Gerakan masih lagi wujud? Saya keliru, rakyat di Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan Gerakan jadi mengapa mereka masih ada di Teluk Intan," katanya.
Mah yang juga Presiden Gerakan menang di kerusi Parlimen Teluk Intan sebanyak dua kali pada 1999 dan 2004, bagaimanapun kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada DAP iaitu M Manogaran dan Seah 2013.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa pengundian awal pada 27 Mei dan tarikh mengundi adalah pada 31 Mei ini. – 27 Mei, 2014.
SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cina-bodoh-jika-masih-undi-bn-kata-anwar
SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cina-bodoh-jika-masih-undi-bn-kata-anwar
3 comments:
Cina yg undi BN adalah cerdik. Kenapa? Sebab tak mau ditipu lagi oleh anwar ibrahim seorang peliwat. Karpal pun dah bagi amaran, anwar sudah timbulkan banyak masalah dan ia harus bertaubat. Oleh itu hanya makhluk yang cerdik saja yang akan menolaknya. Kalau masih bodo nak sokong dia nak buat macam mana?
Cina tak bodoh yg bodoh anwar hero juboq
dan anwar terpaksa telan keBODOHANNYA sendiri. telan pelan2 anwar, takut tersengkang kat tenggorok terus GOL...
Post a Comment