KL CHRONICLE: The Star Semakin Biadap, Kini Cuba Lakukan Character Assassination terhadap Timbalan Menteri MOT

Monday, June 2, 2014

The Star Semakin Biadap, Kini Cuba Lakukan Character Assassination terhadap Timbalan Menteri MOT

Apakah motif serangan The Star terhadap Timbalan Menteri MOT & Kementerian?

Akhbar milik MCA yang Pro-DAP, The Star, kini telah memulakan serangan jijik dan keji terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berikutan isu operasi Cermin Gelap yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan & Kementerian Dalam Negeri.


Artikel mStar yang tidak tepat dan memburukkan Kementerian & Menteri


Akhbar milik MCA ini tanpa memeriksa dan mengesahkan fakta mereka telah menyiarkan berita yang tidak tepat.



Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa penguatkuasaan tentang cermin gelap sedang dikaji semula dimana perbincangan antara agensi sedang dijalankan. 




Berkenaan operasi cermin gelap yang sedang/akan dijalankan sehingga 16 Jun 2014 ia dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM dan hanya dibantu JPJ.




Saya merasa sangat curiga dengan tindakan tidak bertanggungjawab The Star dan MCA ini seolah-olah cuba untuk memburukkan Timbalan Menteri & Kementerian Pengangkutan supaya dilihat "flip-flop" dalam melakukan keputusan walhal MCA merupakan sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional. 




Umum ketahui bahawa Presiden MCA Liow Tiong Lai sudah lama mengidam untuk menjawat jawatan Menteri dan diketahui bahawa beliau sangat mengidamkan kerusi di Kementerian Pengangkutan.  




Adakah ini satu langkah beliau untuk memburukkan Kementerian Pengangkutan dan kemudian masuk menjadi Menteri lalu kononya "memperbaiki" prestasi Kementerian ini? Wallahualam.

1 comment:

SolitaireHunter said...

Hampir semua akhbar pada hari Ahad lepas menyiarkan kemenangan BN di PRK Teluk Intan kecuali akhbar Star yang menyiarkannya hanya pada mukasurat 8 !

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget