KL CHRONICLE: KENYATAAN MEDIA @SPADchannel

Saturday, April 26, 2014

KENYATAAN MEDIA @SPADchannel


KENYATAAN MEDIA


SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN SYARIKAT MERRY HOLIDAYS SDN. BHD. BAGI LALUAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit kenderaan pengendali syarikat bas persiaran, Syarikat Merry Holidays Sdn. Bhd yang terlibat dalam kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengakibatkan seorang penumpang terkorban.




Penggantungan ini berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia. 



Keputusan penggantungan ini di ambil kerana pengendali gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan, antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan.



Sejak Ogos 2013, SPAD telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta SPAD – ICOP Keselamatan.



Sehubungan ini, SPAD ingin memohon kepada semua pengendali agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aspek keselamatan penumpang dan pengurusan pemandu serta penyelengaraan kenderaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget