KL CHRONICLE: Akhirnya Nik Aziz menangis mohon maaf kepada rakyat Kelantan

Saturday, March 29, 2014

Akhirnya Nik Aziz menangis mohon maaf kepada rakyat Kelantan


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.





Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.

Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.

Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan  tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.

Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.

Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. 

Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Beliau mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya.

Malam tadi Nik Aziz tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim. – 29 Mac, 2014.


4 comments:

RSOthman said...

Yg conggok menung kat tepi tu bila pulak nak minta maaf dgn rakyat malaysia? Atau termenung memikirkan kifarat apa yg Allah akan bagi kat dia?

PASDAPX said...

Semoga beliau sempat bertaubat dn mohon maaf pd ramai manusia lain yg dia cerca..menghasut, fitnah, maki, pecah belah.. dn plg besar dosanya ialah menghina kerasulan Rasulullah Solallahu Alaihi Wasallam serta berbohong atas nama Hukum Hudud.. sehingga itulah umat Islam Melayu UMNO-PAS berpecah belah.. akhir musuh ambil peluang besar ini..

Semasa sihat dan muda beliau angkuh, kasar dan suka meletakkan PAS itu seolah2 agama.. Tun Mahathir lebih tua dr nya tp masih Allah beri kesihatan..

Semoga ini jd pengajaran kpd pencacai2 PAS dn PKR yg hidup politik mereka atas kerosakan dan perpecahan serta pembohongan atas nama Islam..

Wallahualam

jis salam said...

Nak menunggu Pok Nik memohon maaf dari semua ahli UMNO.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget