Saturday, March 29, 2014
[Latest] Objek Baru Disyaki #MH370 Ditemui
Pencarian udara dan laut ke atas pesawat MH370 yang hilang berpindah ke 1,100km ke utara semalam apabila pihak berkuasa Australia menyusun semula operasi pencarian selepas menerima maklumat dari Malaysia yang mencadangkan pesawat itu mungkin kebahibsan minyak lebih awal berbanding jangkaan awal mereka.
Perubahan dramatik kawasan carian itu, bergerak lebih jauh dari jarak antara London dan Berlin, berikutan analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat yang hilang itu bergerak lebih pantas daripada kiraan sebelum ini, dan akan menghabiskan minyak lebih cepat.
Australia berkata semalam, lima kapal terbang menemui "beberapa objek dalam pelbagai warna" di kawasan carian baru itu.
"Imej objek itu dicerap, diambil gambar dan akan dikaji secepat mungkin," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam kenyataannya.
"Objek tidak boleh disahkan atau dianggap bukan daripada MH370 sehingga ia dikenal pasti tempatnya dan diambil oleh kapal laut.”
Apa yang berlaku ini membingung dan mengecewakan pencarian selepas tiga minggu hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang daripada skrin radar awam kurang sejam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Malaysia berkata, pesawat itu mungkin dilencongkan secara sengaja tetapi penyiasat tidak menemui sebarang motif jelas atau keraguan di kalangan 227 penumpang atau 12 anak-anak kapalnya.
Pegawai Malaysia berkata, kawasan carian baru adalah hasil daripada analisis teliti data radar tentera Malaysia dan bacaan satelit syarikat British Inmarsat yang dijalankan oleh Amerika, Cina, British dan Malaysia.
Mereka berkata, analisis prestasi enjin oleh pengeluar pesawat Boeing membantu penyiasat menentukan berapa lama pesawat itu boleh terbang sebelum ia kehabisan bahan aObjek terapung di air kelihatan pada skrin komputer pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand yang mencari MH370 di zon barat Perth, Australia, Lautan Hindi semalam. Gambar Reuters.pi dan terhempas ke dalam laut.
"Maklumat yang diperiksa oleh siasatan diperiksa semula berdasarkan bukti baru diambil daripada analisis data Inmarsat," kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar.
Untuk lebih daripada seminggu, kapal dan pesawat pengawasan menjelajah 2,500 km laut dari Perth, di mana imej-imej satelit menunjukkan serpihan mungkin dari MH370, yang hilang pada 8 Mac.
Sepuluh pesawat mencari semalam serta-merta dibawa ke kawasan baru 319,000 km persegi kira-kira 1,850 km dari Perth. Pertubuhan kajian kajibumi Australia juga mengarahkan satelit mereka ke sana, kata Amsa.
Satu armada kapal Australia dan China akan mengambil masa yang lama untuk beralih ke utara, bagaimanapun kapal tentera laut Australia HMAS Success dijangka tiba pagi ini.
Kawasan carian baru lebih besar, tetapi lebih dekat ke Perth, membolehkan pesawat untuk menghabiskan lebih lama di kawasan carian dengan memendekkan masa perjalanan.
Ia juga adalah jauh lebih baik daripada segi cuaca kerana ia keluar dari kawasan laut dalam yang dikenali sebagai 40 Gelora untuk laut besar dan angin ribut yang kuat.
“Saya tidak pasti kita akan mendapat cuaca terbaik di sana, tetapi nampaknya ia lebih baik daripada sebelum ini,” kata Pengurus Besar Amsa, John Young dan menambah kawasan pencarian terdahulu ditinggalkan.
“Kita berpindah ke kawasan yang mendapat petunjuk terbaharu,” katanya.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sebelum ini berkata perpindahan itu berdasarkan analisis data radar di antara Laut China Selatan dan Selat Melaka. Pada masa itu, Boeing 777-200ER (9M-MRO) membuat lencongan radikal ke barat dari laluan asalnya.
Ketua Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, semalam berkata beliau belum di peringkat boleh mendedahkan laluan sebenar yang diambil pesawat itu.
Pegawai yang rapat dengan siasata itu berkata minggu lalu pesawat itu mungkin melalui dekat dengan Port Blair, ibu kota Andaman di India dan Pulau Nicobar, 885km lebih jauh ke barat laut daripada kedudukan terakhir radar tentera mengesannya.
Perpindahan kawasan itu kurang sehari selepas laporan terkini mengenai objek kemungkinan bangkai pesawat dilihat, dicerap oleh satelit Thailand dan Jepun dalam anggaran kasar hampir sama dengan kawasan lautan dengan imej terdahulu yang dilaporkan Perancis, Australia dan China.
Imej menunjukkan kemungkinan serpihan, termasuk objek sebesar 24 meter, dalam kawasan pencarian asal di selatan Lautan Hindi.
Beberapa serpihan turut dilihat dari pesawat pencari, tetapi tidak ada satu pun dapat diambil atau disahkan sebagai bangkai pesawat MH370.
Hishammuddin berkata, kemungkinan objek berkenaan adalah serpihak daripada pesawat, kerana kini bangkainya mungkin sudah dibawa beratus kilometer dari kawasan terhempas.
“Kerana dihanyutkan laut, kawasan pencarian baru ini mungkin masih konsisten dengan beberapa objek yang dikenal pasti oleh beberapa imej satelit daripada minggu terdahulu,” katanya.
Tentera Laut Amerika Syarikat semalam berkata, ia menghantar P8_Poseidon kedua, pesawat pengawasan maritim yang termaju, untuk membantu operasi mencari. – Reuters, 29 Mac, 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment