Saturday, March 29, 2014
@azminali Sahkan Tidak Bertanding Merebut Jawatan Presiden #PKR Kerana @anwaribrahim
.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penghalang kepada penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk bertanding jawatan presiden parti selepas tamat tempoh penamaan calon 5 petang ini.
Azmin tiba di ibu pejabat PKR ketika tempoh penamaan calon tinggal sejam sebelum berakhir untuk menghantar borang.
"Hari ini saya juga sudah berbincang panjang dengan Anwar.
"Sebelum kita buat keputusan akhir untuk saya kekalkan jawatan sekarang," kata Azmin apabila ditanya mengapa tiba di saat akhir penamaan calon hari ini.
Sumber terdekat kepada Ahli Parlimen Gombak memberitahu The Malaysian Insider, Azmin sepatutnya menawarkan diri bertanding jawatan presiden bagaimanapun terhalang apabila Anwar terlebih dahulu awal pagi tadi menghantar wakil menyerahkan borang untuk bertanding jawatan presiden.
Anwar walaupun berdepan hukuman penjara selepas disabit bersalah meliwat tetap membuat keputusan bertanding dalam pemilihan kali ini.
Sumber juga memberitahu Azmin hampir pasti mencabar Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga tiba-tiba Anwar juga menghantar borang penamaan calon hari ini.
Azmin dicabar lima calon dala pemilihan kali ini – Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment