Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di
kalangan majoriti Melayu. Keadaan
ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya. Oleh yang demikian, pemimpin
politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui
berbagai cara.
Akibatnya, politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina
apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang. Sensitiviti kaum dan agama dimainkan
tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab. Soal
isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak
dipedulikan lagi.
Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu
sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara
dan juga rakyat. Malah
mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka
menyalahkan kerajaan.
Bersandarkan strategi ini, parti DAP terutamanya, dilihat begitu
giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk
NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang
Melayu-Islam. Pemimpin
mereka juga dilihat sengaja ‘menjolok’ orang-orang Melayu dengan dengan
berbagai isu, termasuk Kalimah Allah, isu Injil berbahasa Melayu dan juga
penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja.
Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang
dihina, mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis.
Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan
Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu. DAP begitu yakin orang-orang Melayu
yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah
Melayu dan Islam.
Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari
lepas, kita melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family,
Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK
Kajang. Tujuan Anwar adalah
tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini
giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu. Dalam ceramah tersebut, Anwar
menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua
agama.
Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam
ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12
Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, Anwar meyakinkan
orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai
pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya
sewenang-wenangnya.
Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan
Islam. Kononnya, tindakan
Anwar adalah lambang ‘kesederhanaan’ yang sebenar. Blog dan portal milik pembangkang
menjadikan Anwar sebagai ‘harapan’ ke arah perpaduan rakyat Malaysia.
Persoalannya, apakah
pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam
maka barulah ‘perpaduan’ sebenar dapat dicapai?
Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang
berlainan merupakan contoh ‘kesederhanaan’ mengikut penilaian
pembangkang?
Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan
penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu
ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam
hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk
melalui pelabuhan Klang.
Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya
beliau akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ merupakan satu penipuan semata-mata
- sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang
mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16
September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat
sesiapa.
Dengan berceramah di gereja, kini pihak Kristian, orang-orang
bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang
Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai
pemimpin boneka mereka.
Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar
dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka. Sudah tentu mereka tidak akan memuji
Anwar sebagai ‘harapan perpaduan’ jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan
agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO. Sudah tentu mereka tidak akan
mengiktiraf Anwar sebagai ‘sederhana’ jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO
mempertahankan kalimah ‘Allah’.
Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat
Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang, Menteri Besar Selangor mahupun
Perdana Menteri Malaysia? Apakah
hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan
Islam?
Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah
tersebut? Atau hanya
memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan
Islam?
Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja
jika benar beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa
bersama mereka. Apa yang
berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak dan berada
betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya untuk merebut kuasa.
Untuk umat Melayu-Islam, ingatlah, DAP tidak akan sekali-kali
memuji Anwar, jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka
tidak mampu menguasainya.
No comments:
Post a Comment