Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada
16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai Malaysia, Selamatkan
Malaysia” (Love Malaysia, Save Malaysia). Kit Siang menyeru sedemikian kononnya
untuk menentang sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, yang giat
menyemarakkan semangat perkauman.
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita
mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak
berjiwa Malaysia.
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13
Mei. Sehingga kini, Kit
Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah
menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah.
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap
enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara. Parti Kit Siang enggan menerima
hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan
penduduk asal. Kit Siang
lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa
Mandarin. Kit Siang
inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular. Kit Siang juga terus mempertikai Hak
Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula
perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia.
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan
dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar
dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial
mereka.
Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di dalam diri Kit Siang
melainkan Cina dan Cina semata-mata. Oleh
itu, apabila Kit Siang berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu
loya.
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar
menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu. Sekiranya mereka ingin mengutuk
Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan
Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians). Dengan cara ini, mereka boleh
menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas.
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas
kuasa politik Melayu.
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu
kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak
yang majoriti penduduknya adalah Kristian. Maka,
saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia
merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian. Kononnya, kerajaan
tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula
tidak menepati slogan kesederhanaan.
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan
partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus
menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu
dan umat Islam. Setiap kali
melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama ‘Malaysian’, dan
bukan Cina - sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu.
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan
kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai
rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang
Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu
juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan
bangga. Ia juga tidak
mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak
Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang.
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina
Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman
sosial. Bukan orang Islam
yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka. Bukan pemimpin Melayu Islam yang
merampas tanah dan perniagaan bangsa lain.
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam
membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka. Orang bukan Islam yang melanggar
undang-undang dan mencabar perlembagaan. Pemimpin bukan Islam yang menindas
orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.
Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di
sini? Islam atau bukan
Islam?
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan
ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam. Umpan tersebut akhirnya membawa hasil
apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di
masjid.
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak
mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku
di negara ini.
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak
akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang
benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan
perlembagaan.
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak
bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari
belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui
rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan
tangannya. Kini, apabila
keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan
dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara’.
Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh
penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP
melalui blognya. Apa yang
jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang
sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik
Cina.
No comments:
Post a Comment