Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap
sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi. PRK ‘yang tidak perlu’ itu membuktikan
bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup
membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang
pemimpin tertinggi.
Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian
atau permainan untuk merebut kuasa. Pilihanraya
adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk
kesejahteraan rakyat.
Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit,
semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik,
secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi,
integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.
PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun
moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.
Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk
turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi
pemerhati. Namun, sebagai
sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri
dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.
Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S
Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay
iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA
memandangkan Kajang merupakan kawasan ‘tradisi’ parti itu. Selain itu, Zaid Ibrahim juga
dikhabarkan akan turut bertanding.
Yuktes dan Nalla diketahui sebagai ‘menyimpan’ berbagai rekod
buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih
banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.
Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK
itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya. Lagipun, kita tahu bahawa
sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak
silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih
simpati.
Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari
objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan
dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.
Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk
Kajang. Sedangkan
Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes
penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu
memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat
setempat. Maka, apakah
masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat
bakti?
Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan
lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia
merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata,
sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.
Jika BN turut sama ‘bermain masak-masak’ dengan mereka ini, maka
dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan. Untuk PRK Kajang, SPR dijangka
menggunakan dana sehingga RM1.5 juta. Itu
belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM. Sekiranya BN bertanding, maka
dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping
program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen. Semua ini pasti memakan belanja yang
banyak.
Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan
sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama
sendiri. Biarkan Anwar
berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi
publisiti. BN tidak perlu
merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir
dan mengarut ini.
Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang
bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.
1 comment:
mengapa ada blogger2 beriya2 sgt agar bn jangan bertanding di kajang..ini seolah2 memberi kemenangan percuma dan sia2 pada pembangkang..ketepikan zaid ibrahim yang tidak pasti dapat sokongan pengundi sbb bertanding atas dasar yang tak jelas..biar terpaksa berbelanja yang tak sepatutnya berlaku, dimana lebih 12 ribu pengundi bn pd pru13 hak untuk mengundi..tak mungkin mereka berpihak pada zaid malah akan ada pula yang beralih undi..mengapa perlu takut pd anuar..inilah masanya untuk mendedahkan pekung2 pkr dan pemimpin2nya..
Post a Comment