Setelah puas menghentam Menteri
Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah
dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada
semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari
2013.
Mengikut usul tersebut gaji Menteri
Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota
Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun
dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50
kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87
peratus).
Disebabkan itu, Khalid telah
menjadi ‘mangsa belasahan’ Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut. Pelbagai kritikan
dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin
denga keluhan dan masalah rakyat.
Namun dalam diam-diam, Anwar
rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Perkara
itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam
sidang Dewan Negara petang tadi.
Anwar sudah menulis surat kepada
Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.
“Perdana Menteri sudah
membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf
Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh
dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua
Pembangkang.
“Sekarang barulah Ketua Pembangkang
hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak
ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP,” kata Shahidan.
Ketika pembentangan Bajet 2012 pada
tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula
elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,
pembangkang dan Bebas.
Namun usul tersebut terpaksa
ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Mereka
yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin
Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin
Ayub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.
“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah)
terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang
merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” menurut Nazri.
Malah disebabkan bantahan tersebut,
ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dikatakan marah dan tidak
berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.
Menurut Ahli Parlimen PKR, selama
ini mereka telah mengalami perbelanjaan
‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500
sahaja dan dicampur lain-lain elaun termasuk tuntutan jika Parlimen
bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.
Lebih malang lagi,
beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu menjelaskan,
mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.
“Tolak sebanyak
itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan
kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat... Hadiri kenduri kahwin, ziarah
kematian.”
Menurut seorang
ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu, mengatakan dia terpaksa
‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.
“Isteri saya
bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya,
macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan...
nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan
kami ‘defesit’ sebenarnya.”
Kesimpulannya ialah, walaupun pada
ketika itu kerajaan hanya mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus, namun atas
sebab politik ia terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh
kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus. Anwar juga pada
hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding
negara-negara jiran.
Namun disebabkan hasratnya ingin
menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut
terus ditolak mentah-mentah, tambahan pula pada ketika cadangan tersebut
dilakukan, Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-teki.
Benarlah apa yang dikatakan sebelum
ini, Anwar adalah ‘Bapa Segala Retorik’.
No comments:
Post a Comment