Portal pro-pembangkang, Free Malaysia
Today (FMT) sejak kebelakangan ini begitu hebat ‘menyerang’ kumpulan
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang disifatkan
sebagai kumpulan gangster.
Malah melalui laporan yang dikeluarkan
oleh portal tersebut, pelbagai soalan ‘cepu emas’ dibangkitkan
seolah-olah ingin mewujudkan persepsi masyarakat kononnya pertubuhan itu kebal
dari undang-undang dan terlibat dengan pelbagai siri jenayah seperti pau, kongsi
gelap dan sebagainya.
Dari satu sudut, mereka dilihat kononnya
ingin membersihkan nama Pekida, namun dari satu sudut pula mereka seakan-akan
menyerang NGO tersebut tanpa disedari. Lihat sahaja komen-komen yang diberikan
oleh pembaca artikel yang dikeluarkan, seolah-olah langsung tidak terkesan
dengan penerangan yang diberikan oleh wakil-wakil pimpinan Pekida.
Nampaknya pembangkang telah mula melakukan
satu serangan gerak saraf dengan menumpukan kepada mana-mana institusi,
pertubuhan dan aktiviti yang melibatkan Islam, Melayu dan Raja. Malah untuk
mewujudkan persepsi yang menyeluruh mereka turut dilihat menggunakan media an
portal tertentu termasuk menggunakan warga asing yang berselindung atas nama
kajian, laporan dan sebagainya
Contohnya, seorang warga Perancis, Sophire
Lemiere baru-baru ini mendakwa hasil kajiannya yang dijalankan mendapati Pekida
atau Tiga Line adalah merupakan satu rangkaian militan politik yang ditubuhkan
bagi menghalalkan aktiviti tertentu. Malah dia turut menyifatkan simbol logo
pertubuhan tersebut yang berwarna merah merujuk kepada darah, kuning bermaksud
Raja-Raja Melayu dan hijau bagi melambangkan agama Islam.
Sophire juga turut mengatakan objektif
utama penubuhan NGO itu adalah untuk mendapatkan kuasa, wang dan keuntungan.
Natijahnya, mereka yang tidak dapat
melihat ‘gerakan perang saraf’ ini merasakan apa yang
dilaporkan adalah benar. Sedangkan pada hakikatnya semua tuduhan yang
dilemparkan ke atas Pekida adalah merupakan persepsi, andaian dan sangkaan
semata-mata.
Menurut Penasihat Pekida, Wilayah
Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud Pekida adalah merupakan satu kumpulan
berdaftar yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi. Malah sebelum diiktiraf menjadi
ahli Pekida, seseorang individu itu perlu melakukan sumpah bai’ah (ikrar taat
setia) untuk menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara.
Manakala gelaran ‘Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada
jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.
Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim
di Bentong, Pahang, pertubuhan itu turut membantu menyelamatkan anak-anak
Melayu daripada terus hanyut ke dalam kesesatan. Semua ahli digerakan secara
sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau elaun. Beliau turut menegaskan
Pekida tidak mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa.
Kesimpulannya, Pekida seharusnya memandang
serius akan perkara ini, demi untuk membersihkan nama pertubuhan itu dari terus
dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan sebagainya. Pihak editorial FMT juga
perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka yang semakin mengeruh
keadaan dengan mewujudkan persepsi buruk masyarakat.
Atau apakah ia sebenarnya merupakan satu
gerakan terancang untuk menyerang dan melemahkan orang Melayu sekali gus institusi
Raja-Raja? Hanya sekadar renungan, fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment