Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang
mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan
propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP
tidak seperti yang di dakwa itu.
Namun apabila ada para perwakilan Pas yang
membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana
ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan
propaganda Umno seperti yang di dakwa.
Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu
seakan ‘mati kutu’ dengan amukan para perwaklan yang jelas
tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘tahluf siaysi’ parti itu
dengan DAP.
Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan,
Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu
tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua
isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak
diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.
"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan
sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan
Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman
turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan
asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.
"Jangan kita lupakan perjuangan
menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita
tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.
"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab
dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab
menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.
Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa
Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada
perintah agama.
Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd.
Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah
diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri
itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang
yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan
dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat
membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan
langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.
"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli
majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah
ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.
Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan,
Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang
berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya
campur tangan.
"Tetapi bila hendak hampir PRU-13,
mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan
kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar
daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Namun disebalik semua kecaman yang diberikan
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan
DAP dan PKR.
Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini,
beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan
Terengganu.
"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).
"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.
Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa
menurut perintah tuannya, ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan
apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.
Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli
Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang
sedang menghantui Pas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR
sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.
Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah
hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah
dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang
Islam".
Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah
tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama
dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali
oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.
No comments:
Post a Comment