@TM_Insider The Malaysian Insider semalam melaporkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa
DAP bersedia bekerjasama dengan pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak yang telah
dipinggirkan oleh pemimpin muda dari UMNO.
Lim Guan Eng berkata begitu dengan merujuk kepada...
kenyataan
Menteri Pembangunan Sarawak, Tan Sri James Masing bahawa terdapat pemimpin muda
UMNO yang sengaja merenggangkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya. Pemimpin
muda tersebut dikatakan bersikap angkuh apabila berurusan dengan Sabah dan
Sarawak seolah-olah wakil dari kedua-dua negeri itu berada di taraf yang rendah
berbanding pemimpin dari semenanjung.
Jika benar, keluh kesah Tan Sri James wajar mendapat perhatian
kepimpinan tertinggi dan ditangani segera. Namun, begitu, ia tidak memberi
apa-apa hak kepada DAP untuk menunjuk hero atau masuk campur dalam masalah
dalaman BN. Apatah lagi
apabila ia melibatkan sikap bongkak sesuatu pihak dan perasaan terpinggir pihak
yang lain.
Ini kerana Lim Guan Eng sendiri merupakan ‘ikon’ manusia paling
bongkak di era ini. Tiada
yang lebih bongkak dari manusia yang digelar tokong oleh ahli partinya
sendiri. Kepimpinan
Lim Guan Eng juga merupakan contoh paling mudah dalam soal meminggirkan orang
lain.
Seluruh rakyat boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng
meminggirkan orang-orang India dan Melayu dengan tidak mengambilkira langsung
permasalahan mereka ketika kerajaannya merobohkan kampung dan menghalang mereka
berniaga.
Seluruh rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng
mengenepikan suara kaum India dan Melayu dalam pemilihan parti melalui berbagai
muslihat.
Malah, Lim Guan Eng turut meminggirkan kaumnya sendiri yang
lantang menegur dan mengkritik caranya.
Akibatnya, seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin DAP membuat
aduan, laporan dan juga keluar parti kerana tidak tahan dengan
keangkuhannya.
Justeru, kita ingin bertanya kepada Tan Sri James dan juga seluruh
rakyat Sabah dan Sarawak, apakah mereka percaya yang Lim Guan Eng akan membantu
mereka?
Apakah mereka percaya Lim Guan Eng tidak akan meminggirkan
mereka?
Jangan sekali-kali lupa bahawa Lim Guan Eng memandang rendah
kepada kaum Melayu dan India, maka apakah jaminan yang beliau tidak memandang
rendah juga pada pribumi Sabah dan Sarawak juga? Tidak mustahil, beliau memandang
pribumi Sabah dan Sarawak sebagai jauh lebih rendah lagi.
Jika orang Melayu di bandar di halau ke kampung oleh DAP suatu
ketika dahulu, maka ke manakah pribumi Sabah dan Sarawak yang tinggal di
pedalaman akan dihalau Guan Eng nanti?
Guan Eng bukanlah manusia prihatin dan untuk percaya yang Guan Eng
akan membantu sesiapa selain keturunan dan kroninya adalah sesuatu yang tidak
masuk akal sama sekali.
Kesimpulannya, apapun masalah Tan Sri James dengan Putrajaya
adalah masalah dalaman BN yang tidak memerlukan campurtangan dari manusia
seperti Lim Guan Eng. BN
telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah mengabaikan rakyat dan BN juga
telah memastikan semua rakyat dari berbagai kaum mendapat peluang untuk
meningkat maju dan berjaya.
BN bukan seperti DAP yang hanya mementingkan kaum Cina pembayar
cukai. BN sentiasa memberi
keutamaan kepada kaum lain yang sekian lama membantu kaum Cina berjaya dengan
menjadi pelanggan mereka.
BN bukan parti angkuh. Jika
ada seorang dua pemimpin yang angkuh, maka beliau perlu didedahkan dan ditegur
agar kembali ke pangkal jalan.
ARTIKEL LAIN:
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-anwaribrahim-sudah-tidak-boleh.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kenyataan-media-razlan-rafii.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-mat-sabu-calon-proksi-dapmalaysia.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/alhamdulillah-akhirnya-dapmalaysia-puji.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/adakah-bridget-walsh-akan-hadir-pada.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kini-nik-amar-kecam-karpal-tapi.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kenyataan-media-razlan-rafii.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-mat-sabu-calon-proksi-dapmalaysia.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/alhamdulillah-akhirnya-dapmalaysia-puji.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/adakah-bridget-walsh-akan-hadir-pada.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kini-nik-amar-kecam-karpal-tapi.html
No comments:
Post a Comment