Semakin hebat DAP mendabik dada sebagai parti yang adil dan tidak
mengira kaum, semakin ramai ahli dan pemimpin parti itu dari kaum bukan Cina
mula meninggalkan parti. Alasan
mereka juga sama sahaja iaitu DAP bersikap rasis keterlaluan dan mentadbir
secara diktator.
Semalam, seorang lagi pemimpin DAP berbangsa Melayu iaitu Syed
Araniri Syed Ahmad iaitu Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah telah
meletakkan jawatan kerana merasa tertipu dengan kepimpinan yang sengaja
melambat-lambatkan kelulusan permohonan pertubuhan cawangan DAP baru di Taman
Wira Alor Setar.
Menurut Syed Araniri, kepimpinan DAP telah terlebih dahulu
memberikan kelulusan tidak rasmi bagi membuka cawangan tersebut walaupun tidak
menepati syarat yang memerlukan 50 ahli. Pada ketika itu, Syed Araniri hanya
mampu mengumpul 35 ahli. Kelulusan
itu diberi atas alasan pengecualian kerana cawangan baru tersebut dianggap
istimewa memandangkan semua ahlinya adalah Melayu.
Walaubagaimanapun, apabila beliau meneruskan dengan pendaftaran,
kepimpinan tertinggi DAP memberi berbagai alasan untuk meluluskannya walaupun
sebelum itu telah bersetuju menyifatkannya sebagai kes berkecuali.
Syed Araniri menganggap apa yang berlaku sebagai tindakan
kepimpinan atasan untuk memperbodohkan dirinya.
Kita melihat apa yang berlaku kepada Syed Araniri adalah satu kes
klasik di mana DAP enggan memberi walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain
untuk bertapak dengan agak kukuh di dalam parti. Kepimpinan parti melihat cawangan baru
dengan semua ahli Melayu berpotensi menjadi ‘pemangkin’ kebangkitan Melayu lain
di dalam DAP. Sudah
tentu ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh pemimpin DAP.
Walaupun DAP begitu ‘hadap’ dengan sokongan bangsa lain tetapi DAP
tidak sekali-kali sanggup membuka walaupun sedikit ruang kepada bangsa lain
untuk memperkuatkan diri. Bangsa
lain hanya diperlukan
sebagai alat atau kuda tunggangan tetapi tidak akan diberi apa-apa jawatan
penting. Kalau ada pun
bangsa lain yang diberi jawatan tinggi ialah apabila beliau merupakan watak
yang paling bodoh dan sanggup berbuat apa saja yang diarahkan mereka.
Justeru, DAP lebih selesa jika orang Melayu dan India hanya
menjadi ahli biasa dalam keadaan berserakan iaitu tidak di dalam satu kelompok
besar yang mampu membentuk tekanan kepada kepimpinan. Melayu, India atau bangsa lain selain
Cina tidak akan diberi peluang untuk memimpin terutama jika terdapat bangsa
Cina di kalangan mereka.
Syed Araniri bukan orang pertama yang tersedar dari manipulasi DAP
dan beliau juga pastinya bukan orang yang terakhir. Hari ini, kita lihat
masih ada lagi anak-anak muda yang terpengaruh dan terpedaya dengan retorik dan
impian-impian DAP. Tetapi, kita percaya satu hari nanti mereka juga akan
turut sedar dan meninggalkan DAP.
Hakikatnya, DAP adalah parti Cina, oleh Cina dan untuk Cina. Ia bukan untuk rakyat Malaysia. Ia adalah sebuah parti yang tidak
bertunjangkan kepada kesetiaan kepada negara mahupun kesejahteraan
negara. Segala-gala yang
dibuat oleh DAP hanyalah demi kaum Cina.
Rakyat Malaysia wajar mencernakan fakta ini sebaik-baiknya agar
tiada lagi generasi kita yang akan datang yang akan terpedaya dengan parti
rasis dan chauvinis DAP.
ARTIKEL LAIN :
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-anwaribrahim-sudah-tidak-boleh.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kenyataan-media-razlan-rafii.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-mat-sabu-calon-proksi-dapmalaysia.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/alhamdulillah-akhirnya-dapmalaysia-puji.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/adakah-bridget-walsh-akan-hadir-pada.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kini-nik-amar-kecam-karpal-tapi.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kenyataan-media-razlan-rafii.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/bukti-mat-sabu-calon-proksi-dapmalaysia.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/alhamdulillah-akhirnya-dapmalaysia-puji.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/adakah-bridget-walsh-akan-hadir-pada.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/11/kini-nik-amar-kecam-karpal-tapi.html
No comments:
Post a Comment