Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
untuk menyelamatkan keadaan bagi mengelakkan Pengerusi parti itu terus diserang
oleh rakan sekutu mereka ternyata GAGAL. Kit Siang sebelum ini
tampil membela Karpal Singh yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan ekoran
permainan media.
Ia ekoran dari kenyataan Karpal sebelum
ini yang dilihat telah menyinggung perasaan rakan sekutu mereka Pas. Ahli
parlimen Bukit Gelugor itu ketika sidang media yang diadakan di Pulau Pinang
pada 5 November yang lalu, dilaporkan telahmenggesa agar semua parti politik
dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum DIBATALKAN pendaftarannya.
Menurutnya ia supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman
dan latar belakang keturunan. Karpal turut mengatakan parti politik dan
pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak
dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.
Menyedari ketelanjuran tersebut, Kit Siang yang mewakili Karpal
dengan pantas menarik ‘hand break’ dengan menyalahkan media
kononnya itu bukan maksud sebenar. Ia hanya permainan media yang dikatakan
telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.
Menurut Kit Siang, setelah dia menghubungi Karpal sendiri bagi
mendapatkan penjelasan, peguam tersebut jelas menafikan kenyataan tersebut.
Sambil mengatakan ia hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan
Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas
sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The
Herald.
Namun mungkin merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Dewan Pemuda
Pas segera menjalankan ‘siasatan’ bagi mendapatkan gambaran
sebenar berhubung kenyataan tersebut. Setelah meneliti rakaman sidang media
yang berdurasi 24 minit 47 saat itu, mereka akhirnya membuat kesimpulan Karpal
secara jelas berbohong kerana cuba menafikan keterlanjuran itu.
Ini kerana, menurut mereka, rakaman video tersebut jelas
membuktikan Karpal memang telah membuat desakan tersebut.
“Pada minit keenam rakaman itu, Karpal didengar berkata ‘bergerak
atas nama agama, perkauman adalah satu perkara yang amat berbahaya dalam sebuah
masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti ini dan sudah tiba masanya untuk
parti perkauman dibatalkan pendaftarannya, malangnya ini termasuk PAS,” kata
wakil dewan Pemuda Pas itu.
Malah ketika ditanya oleh seorang wartawan, Karpal sekali
lagi mengulangi desakannya itu dengan mengatakan perkara itu mungkin akan
membuatkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang kurang
senang.
Ia secara tidak langsung membuktikan, bahawa kenyataan tersebut
turut merujuk kepada parti Pas yang jelas menggunakan agama bagi memenuhi
cita-cita politik mereka.
Paling menarik, hanya kerana ingin membela Karpal, Naib Presiden
Pas, Mahfuz Omar sebelum ini telah memuji tindakan pemimpin DAP itu kerana
berani tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran.
Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada
Karpal," kata Mahfuz sebelum ini.
Selain Dewan Pemuda, ramai di kalangan pemimpin parti itu yang
terdiri daripada kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan Pas dari kecaman
Karpal itu. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan
Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah.
Terbaru, Dewan Muslimah Pas turut senada dengan kumpulan Ulama
yang melahirkan rasa kesal sambil menegaskan, agarMajlis Pimpinan Tertinggi
Pakatan Rakyat segera mengambil tindakan tegas terhadap pembohongan yang
dilakukan oleh pemimpin veteran DAP itu.
Mereka antara lainnya mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi
Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum Dewan Pemuda
dan Muslimah mengambil tindakan.
1 comment:
Ular dan biawak lidah bercabang, dari dahulu hingga sekarang.
Beruk dan kera hanya memandang,
mata terkebil telinga kembang,
Tak nampak apa walaupun pandang,
Telinga mendengar dah pecah gegendang.
Itulah hubungan DAP & PAS. Bukan sahaja dirantai tengkok bahkan disuruh panjat pokok 'nyok'.
Post a Comment