Nampaknya menjelang Muktamar Tahunan Pas
ke-59 yang akan diadakan pada 2i dan 22 November ini, rakyat bakal disajikan
dengan pelbagai drama dan sandiwara terbaru yang menggelikan hati.
Antara kenyataan Ketua Penerangan parti
itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Pas akan mendesak
negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat (Kelantan, Selangor dan Pulau
Pinang) untuk melaksanakan hudud.
Bukanlah niat untuk memperlekehkan usaha
parti itu, namun umum mengetahui rakan sekutu mereka DAP dan PKR tidak pernah
bersetuju dengan pendirian parti itu yang sering mendakwa ingin memperjuangkan
Islam.
Ini kerana DAP memang sejak dari dahulu
lagi memang terkenal sikap cauvinisme / ultra kiasunya dan
begitu tebal dengan semangat kecinaan mereka. Malah melalui analisa dan kajian
yang dilakukan, DAP masih tetap dengan perjuanganaliran sosialis demokratnya,
yang ditunjangi dengan fahaman sekular "sama rata sama rasa" dan
ingin menghasilkan negara yang berorientasikan Konsep Malaysian
Malaysia.
Itu belum lagi diambil kira kenyataan Pengerusi parti itu yang pernah mengatakan untuk meminta mana-mana pemimpin untuk melangkah mayatnya dahulu, sekiranya ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Malah dia melalui kenyataan terbarunya turut mendesak agar Pas dibatalkan pendaftaran kerana disifatkan sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya.
Manakala bagi pihak PKR pula, melalui
perjuangan ‘pemimpin anugerah tuhan’ yang ingin membangunkan
sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama. Malah disebabkan faham
pluralisme agamanya itu PKR turut sama memperjuangkan kalimah Allah agar boleh
digunakan oleh gereja untuk menerbitkan naskah Bible versi Bahasa Melayu.
Paling menarik, apabila Anwar dengan
segala tipu daya dan helahnya telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga sanggup
menggadaikan dan menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi asas perjuangan
sejak dahulu dengan menerima konsep negara kebajikan.
Perbezaan ideologi antara ketiga-tiga
parti terbesar di dalam pakatan pembangkang ini sudah cukup membuktikan desakan
yang cuba dilakukan oleh Pas itu hanyalah sekadar retorik dan sandiwara
semata-mata. Ini kerana ramai yang melihat kenyataan Tuan Ibrahim itu hanyalah
merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk meraih simpati para perwakilan
yang bakal mengundi nanti.
Ini kerana, dengan mengambil kira
pendekatan kempen Pas selama ini, sekiranya benar parti itu ikhlas ingin
memperjuangkan Islam dan Hudud mereka tidak akan bersifat seperti ‘talam dua
muka’.
Di depan pengundi Melayu mereka
mencanangkan Islam, namun di depan pengundi Cina dan India mereka menggunakan
konsep negara berkebajikan. Seolah-olah konsep Islam tidak layak untuk semua
kaum. Jadi dimanakah konsep dakwah yang merupakan sebahagian dari Islam?
Sebenarnya isu Hudud ini sengaja
dibangkitkan, kerana Tuan Ibrahim sedar parti itu mempunyai terlalu banyak isu
yang dijangka akan berbangkit dalam muktamar Pas pada kali ini. Di samping isu
pencapaian dalam PRU-13, isu tahalluf siasi, isu syiah, kalimah Allah, pengaruh
liberal dalam Pas dan isu memorandum Comango yang tidak diberi perhatian oleh
Pas mungkin antara perkara yang akan dibangkitkan.
Ia terkait langsung dengan asas perjuangan
Pas untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menyebabkan dalam kalangan
kepimpinan utama Pas bercanggah pendirian. Sedangkan isu itu terhubung dengan
persoalan akidah. Isu Syiah menyebabkan Pas tidak ambil pendirian yang jelas
sedangkan fahaman Syiah bercanggah dengan fahaman Ahlu Sunnah wal jamaah.
Isu perjuangan Comango sangat jelas
bercanggah dengan Islam. Isu Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariat
tidak dibantah oleh Pas. 54 organisasi Comango sangat jelas anti-Islam dan anti
Perlembagaan Malaysia. Mengapa Pas membisu? Lujnah Penyelidikan Pas yang
diketuai oleh Dr. Zulkifli tidak membantu.
Isu parasit dalam Pas dan pengaruh
Anwariyyun memang diketahui umum. Apakah dukungan Anwar terhadap pluralisme
agama menyebabkan Datuk Mujahid tertarik dengan fahaman ini dan menyebabkan
beliau menulis dalam sebuah buku yang amat liberal sifatnya.
Isu Pas dalam politik Malaysia bukan
sekadar isu kerusi dan kuasa tetapi isu ideologi dan sinergi ulama dan
professional. Ideologi Pas ingin memartabatkan Islam dalam sistem kenegaraan.
Bila Pas bersetuju melunakkan perjuangannya ke arah negara “berkebajikan"
ia sudah lari daripada ideologi. Ia adalah suatu kesilapan besar.
Berbalik kepada isu asal, PKR mungkin
tidak akan membantah secara terang-terangan bagi mengelakkan masyarakat Melayu
dan Islam mengetahui belang sebenar mereka. Namun DAP sudah pasti bakal
menentang habis-habisan sebarang cadangan dan gesaan parti itu untuk
melaksanakan hudud bukan sahaja di Pulau Pinang namun turut merangkumi di
Selangor dan Kelantan.
Kepada para pemimpin Pas, berhentilah dari
terus bersandiwara.
No comments:
Post a Comment