Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan
semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2
penjuru antara kumpulanLiberal dan Ulama parti itu.
Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan
ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan
kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti
pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan
Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki
jawatan no-2 itu.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu
menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan
Mat Sabu (Liberal) 261 undi.
Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar
Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila
menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3
penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.
Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu,
menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama)
hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399
undi.
Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini
diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan
menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu,
ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon
sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.
Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga
mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan
kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan
pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan.
Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga
dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.
Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen
Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di
parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.
Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum
berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen
Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk
mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan
pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas
menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.
Malah pendedahan beberapa orang ahli parti
itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai
gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin
menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga
berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik
hadiran.
Namun begitu, dalam banyak-banyak ‘dosa’ yang
dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP
dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan
sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu
bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.
Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya
sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang
mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang
menyifatkan ‘pemberian’ jawatan itu sebagai asas untuk
mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.
Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK
Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli
dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf
Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah
menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.
Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk
menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu
gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi
memastikan parti itu terus relevan.
ANDA MUNGKIN BERMINAT:
No comments:
Post a Comment