Pembangkang mula gentar apabila kerajaan
bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA)
pada persidangan semasa Parlimen.
Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan
dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang
telah dimansuhkan pada tahun 2011.
ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan
Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih
perlu mematuhi beberapa syarat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan
Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan.
PCA perlu diperkenalkan bukan bagi
mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan
rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.
Apabila berlakunya banyak jenayah seperti
kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan
kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan
jenayah.
Namun pada masa yang sama mereka turut
mendesak agar kebebasan pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
diperketatkan.
Keadaan ini dilihat menekan pihak polis
sehingga timbul persepsi bahawa kedua-kedua belah tangan anggota polis diikat
atas desakan pembangkang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.
Pembangkang mahu supaya polis duduk diam
memerhati sementara jenayah pula berleluasa.
Mereka lebih mementingkan isu hak asasi
penjenayah daripada tugasan pihak penguatkuasa undang-undang dan keselamatan
awam.
Ini adalah antara faktor penting yang
menyebabkan kadar jenayah meningkat bukan kerana pihak polis tidak menjalankan
tugas mereka tetapi disebabkan fungsi utama mereka telah dikekang.
PCA adalah usaha pro-aktif kerajaan untuk
memperbetulkan kembali keadaan supaya pihak pasukan mampu menjalankan tugas
hakiki mereka mencegah jenayah dengan lebih keyakinan.
PCA akan lebih terbuka dan telus kerana
tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan
jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Di samping itu di dalam PCA tidak ada
peruntukan bagi kuasa menteri.
Ini akan membuktikan bahawa perlaksanaan
PCA kelak tidak akan mempunyai sebarang elemen tekanan politik dan pihak
menteri berkenaan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi
mana-mana keputusan pihak polis dalam menguatkuasakan akta tersebut.
Aspek penting ini menunjukkan kerajaan
komited membawa perubahan kepada pentadbiran undang-undang bagi mengelak
kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.
Jadi bantahan pembangkang dengan
melemparkan berbagai tuduhan kepada kerajaan mengenai PCA adalah mengejutkan.
Mereka mahu Malaysia menjadi aman dan
makumur dengan keselamatan awam terjamin dengan baik tetapi pada masa yang sama
mereka menentang apa sahaja usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat dan
negara yang selamat.
Ini adalah percanggahan jelas di dalam
minda pemimpin pembangkang yang membuktikan mereka lebih mahu bermain politik
daripada mengutamakan kebajikan rakyat.
Pembangkang lebih rela supaya keselamatan
negara tergugat asalkan mereka boleh meraih populariti politik dengan
mengeskspolitasi isu-isu keselamatan.
Tidak kedengaran pembangkang memuji
tindakan pihak polis ang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah serta menahan
ribuan suspek.
Tetapi apabila pihak polis mengambil
tindakan tegas terhadap penjenayah pembangkang akan terpekik terlolong
mempertahankan hak penjenayah.
Ini berlaku semasa operasi melawan
penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah di mana pemimpin pembangkang seperti Tian
Chua menghina keluarga anggota keselamatan yang digugur di medan pertempuran
dengan mnengatakan kematian mereka adalah seperti mati katak.
Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu
untuk menyerang kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dengan dakyah
kotor mereka.
Setelah melihat betapa jijiknya sikap
pembangkang yang sanggup mengorbankan keselamatan negara demi meraih kuasa
politik, kerajaan kini akan bertindak
tegas tidak mengira sama ada pelaku kesalahan adalah penyokong mahu pun pembangkang.
Masa untuk mengalah dan tunduk kepada
tekanan pembangkang sudah berlalu.
Masa untuk mengambil hati pembangkang sudah
berakhir kerana rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik murahan
mereka.
Kini adalah masa untuk bertindak dengan
tegas dan tidak memperdulikan salakan pembangkangan semana kuat sekali pun.
No comments:
Post a Comment