KL CHRONICLE: Part 2 : Analisa Kekuatan & Pengaruh Media Sosial Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia @LokmanAdam @JamawiJaafar @Azwanbro #KLChronicle

Monday, September 23, 2013

Part 2 : Analisa Kekuatan & Pengaruh Media Sosial Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia @LokmanAdam @JamawiJaafar @Azwanbro #KLChronicle

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Seperti yang saya janjikan minggu lepas, hari ini saya akan huraikan dengan terperinci dalam artikel siri kedua saya bertajuk "Analisa Kekuatan & Pengaruh Media Sosial Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia".  Artikel sebelum ini (boleh dibaca disini) telah menghuraikan sedikit sebanyak tentang kekuatan calon - calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Keputusan yang saya dapati ialah Saudara Lokman Noor Adam mendahui dalam senarai calon paling berpengaruh di Facebook. Beliau mempunyai 36,518 "Like", jauh meninggalkan calon - calon lain iaitu Azwan Bro sebanyak 2,959 "Like" dan Jamawi Jaafar pula 528 "Like"



  1. Lokman Adam : 36,518
  2. Azwan Bro : 2,959
  3. Jamawi Jaafar : 528

Itu adalah analisa di dalam Facebook. Mari kita lihat pula kekuatan bakal NKP kita di dalam twitter dan siapa antara mereka yang paling berpengaruh. Saya melakukan sedikit research dan berikut adalah antara keputusan yang saya dapat:

Bagi saudara Lokman Noor Adam, beliau mempunyai seramai 10,588 orang follower. Ini bagi saya sangat bagus kerana setiap apa yang beliau tweet ataupun apa mesej yang beliau ingin sampaikan dalam sekelip mata akan dibaca oleh hampir 10,000 orang.



Di tempat kedua pula adalah saudara Azwan Bro dimana beliau mempunyai seramai 2,823 orang follower. Hampir sama dengan jumlah orang yang "Like" page Facebook beliau. Ini menunjukkan kekuatan Azwan di FB dan Twitter hampir sama, dan beliau mempunyai pengikut tetap sebanyak hampir 2 - 3 ribu orang tetapi masih jauh ketinggalan dengan Saudara Lokman Noor Adam.


Di tempat ketiga adalah saudara Jamawi Jaafar, dimana beliau hanya mempunyai follower sebanyak 135 orang. Ini juga konsisten dengan result yang saya terima dari facebook dimana jumlah orang yang "Like" fanpage beliau adalah hanya 528 orang. 



Jadi as a conclusion, pada pendapat saya dan telah terbukti dari segala kajian yang dilakukan, Saudara Lokman Noor Adam dilihat adalah antara calon yang paling berpengaruh dan popular di kalangan anak muda & ahli akar umbi. Diharap selepas beliau menang kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO penglibatan aktif beliau dalam media sosial dapat diteruskan. Ini kerana anak muda mahu berinteraksi dengan pemimpin dan media sosial merupakan salah satu medium yang terbukti berkesan. 

Kepada ALLAH swt Kami Berserah..

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget