KL CHRONICLE: Undi Parti Sendiri Pun Tak Betul,Lagi Nak Kutuk SPR @cmlimguaneng @limkitsiang #1Malaysia #TolakPR #ThingsThatMakeMeLOL

Saturday, January 5, 2013

Undi Parti Sendiri Pun Tak Betul,Lagi Nak Kutuk SPR @cmlimguaneng @limkitsiang #1Malaysia #TolakPR #ThingsThatMakeMeLOL



Kalau pasal melalak buat bising konon SPR tidak betul, semua tipu tidak telus semua ada muslihat konon nya serah lah kepada DAP dan kuncu nya PAS dan PKR , tetapi sebaik sahaja mengada kan Undi sendiri yang tidak lebih 2500 jumlah undi pun DAP boleh tersalah kira dan menguna kan alasan “technical glitch”. Dan mereka mahu rakyat percaya dan menelan bulat bulat perkara ini? Jika rakyat itu orang Pakatan memang pasti terima bulat bulat tanpa banyak soal.Tetapi bagi rakyat yang waras , ia nya satu bahan ketawa yang hampir menewas kan Maharaja lawak.

Apa muslihat nya? Ada kah akibat malu mahu menerima calon melayu tidak dapat menyusup ke dalam CEC badan Pusat lalu membuat “damage control” dengan mengistihar seorang anak cina menguna nama melayu sebagai perserta layak yang ke masuk ke tangga ke 20? Atau kerana anak cina ini ada lah orang kanan Lim Guan Eng maka sedikit pembetulan harus di laksana kan untuk menyumbat dia masuk?

Namun itu semua bukan persoalan,perso­alan nya ia lah bagaimana perkiraan undi di dalam kain sendiri pun tidak betul, walau hanya mengurus kan jumlah undi tidak melebihi 3000 pun terkantoi dan silap, bayang kan lah kepayahan SPR yang mengurus kan jutaan pengundi yang bergerak dan berubah.Selama ini semua kesilapan teknikal dan perkeranian oleh kakitangan SPR di jadi kan bahan untuk kejalan raya dan memberontak walau pun semua pemimpin pembangkang menang undi dengan menguna kan perhidmatan SPR ia tetap jadi bahan untuk Pakatan ber arak ke jalan raya.

Semua penjelasan tentang kaedah di guna SPR sudah di jelas kan berulang kali pun pihak Pakatan Rakyat masih mahu menyalah kan SPR, dan mencipta kempen BERSIH untuk memburukan kan SPR.Di ketika pilhanraya pak tunggul dan pak pacak mewakili setiap calon dan parti boleh melihat cara pengundian di jalan kan dari masuk ke ballot box sehingga peti di arak ke pusat pengiraan ia nya di ikuti ratusan motosikal dan penyokong masing masing, di mana kah SPR boleh menipu? Sebelum election bermula pun election roll di beri untuk di teliti oleh pihak pembangkang, satu orang satu nama melalui kad pengenalan,. Sistem key-in berpaksi kan nombor kad pengenalan dan bukan nya nama.Jika mahu selit banyak nama pun perlu cipta nombor kad pengenalan.Baga­i mana mahu di tipu?

Tetapi Pakatan ada lah Pakatan dan orang bernama Anwar Ibrahim ada di dalam nya untuk mendorong nya membenci pihak yang memenang kan nya serta anak beranak dan korni nya.Jika SPR boleh di guna kan oleh kerajaan , Anwar Ibrahim lah yang akan tewas dahulu di ikuti dengan Nik Aziz.tetapi semua pun tahu Anwar menang dan Nik Aziz menang juga menang ada lah Nurul izzah dan Azmin Ali.SPR mana kah itu yang memenang kan mereka?

Satu ketika dahulu pemilihan PKR tersangat kecoh dan riuh akibat aduan beratus ahli nya tentang nama yang hilang , tidak ada nama di tempat mengundi dan macam macam lagi aduan ahli yang tidak di endah kan lansung oleh Wan Azizah, walau di gesa beberapa pihak dari parti nya untuk membatal kan pengundian yang di lihat mahu memenang kan orang tertentu dan manipulasi undi.Tetapi apa kah tindakan parti Keadilan rakyat? Tiada.memang tidak ada lansung sebarang tindakan.

Jika pengundian parti sendiri pun sudah terkantoi dan tidak telus, usah lah mahu sampai ke Australia berlakon mahu kan keadilan, sedang semua tahu hanya lakonan pre-empt untuk menuduh SPR tidak adil apabila kalah nanti.Kemenanga­n akibat benci Pak Lah dan Khairy di PRU 12 kini telah pun terhapus dan pengundi sudah mula kembali ke asal, di mana posisi asal ia lah UMNO dan BN bakal menang. Jadi , helah dan strategi Pakatan mahu mencipta suasana konon nya SPR tidak betul awal awal lagi sambil meniup api kemenangan akan tawan sana dan sini ada lah satu cara menanam elemen terperanjat apabila kalah nanti.

Apabila terperanjat maka akan datang kemarahan dan siapa lagi layak di tuduh kalau bukan SPR.
Ini sudah di hidu oleh UMNO dan BN dan kempen meberitahu rakyat tentang hasrat ini sedang di kabar kan oleh wakil UMNO di merata tempat. Rakyat harus lihat dan sedar , sedang kan pengundian parti sendiri yang pengundi tidak lebih 3000 orang pun boleh salah dan silap, apa lah SPR itu yang mengurus kan jutaan nama yang bergerak beralih mati dan hidup,Sampai bila mahu menipu rakyat dengan memanipulasi kan pemikiran mereka kita pun tidak tahu.Apa pun saksi kan lah semua sandiwara yang di main kan oleh Pakatan rakyat ini.

By Rizal Thahir

http://www.facebook.com/emma.harith.5/posts/394918350596887

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget