KL CHRONICLE: Demi Ketereh & UMNO, TSAM undurkan diri dari pertandingan FAM

Thursday, March 23, 2017

Demi Ketereh & UMNO, TSAM undurkan diri dari pertandingan FAM


Ahli Parlimen Ketereh yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) hari ini mengumumkan menarik diri daripada pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Keputursan TSAM menarik diri pemilihan jawatan Presiden FAM ini adalah untuk memberi lebih fokus kepada menyempurnakan amanah sebagai wakil RAKYAT KAWASAN PARLIMEN KETEREH,KELANTAN serta memikul amanah parti sebagai KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 akan datang.




Bagi kami di #KLChronicle, pengorbanan yang diambil oleh TSAM ini wajar diberi pujian. Berbanding memberi keutamaan kepada "personal glory" menjadi President FAM. TSAM mengambil keputusan untuk memberi lebih fokus dan tenaga beliau kepada hal - hal rakyat terutamanya di Ketereh, kelantan dan juga kepada kelangsungan parti keramat UMNO bagi menghadapai PRU yang akan datang. 

Malah, bukan sahaja mengorbankan personal glory beliau demi rakyat Ketereh dan parti UMNO, TSAM juga mengambil keputusan ini dengan memikirkan hala tuju masa depan bola Kelantan dan juga impian penyokong kelantan yang mahukan pasukan bola sepak negeri kembali menjadi antara yang terbaik di Malaysia. Memetik kata - kata TSAM di laman Facebook beliau:
Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.
Akhir sekali, kita sebagai warga Malaysia wajar menghormati keputusan yang diambil oleh TSAM, terutamanya dimana beliau mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat Ketereh, negeri Kelantan dan seterusnya keperluan parti UMNO lebih berbanding cita - cita peribadi beliau. Tidak ramai pemimpin pada zaman sekarang yang sanggup mengorbankan cita - cita mereka demi rakyat mahupun parti. 

Keep up the good work TSAM!

1 comment:

Mohd Jamil said...

Tsam..mohon maaf akan terlajak kata sabelum ini Kibat amarah tanpa rational... Syabas dan tabik hormat untuk Tan Sri..tindakan mengutamakan kehendak org ramai amat sedikit dialam dunia kini..u seorang yg berhikmah dan berpandangan jauh..t kasih..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget