KL CHRONICLE: Isu UEC, TSAM beri penerangan secara terperinci, jom kita baca!

Thursday, March 23, 2017

Isu UEC, TSAM beri penerangan secara terperinci, jom kita baca!


"Soal iktiraf atau tak iktiraf ada dua aspek berbeza. Pertama, UEC telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan.

"Keduanya, UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

"Tetapi ramai yang tidak mendalami, dan mereka rangkum sekali antara iktiraf dan tak iktiraf," katanya.

Petikan diatas adalah antara ringkasan temu bual Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (TSAM), yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan portal BNBCC.my (Rujukan : https://www.bnbbc.my/sokong-uec-perkataan-iktiraf-saya-dimanipulasi-annuar/). Kami di #KLChronicle perlu tekankan beberapa perkara melalui ringkasan temu bual diatas untuk pemahaman pembaca. 



Pertama sekali, kita perlu ambil perhatian bahawa UEC telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan. Ini bermakna sebelum TSAM berjumpa Dong Zong, sijil UEC telah diiktiraf pun sebagai sijil kemasukan ke IPTS dan Maktab Perguruan. Ini bukan perkara baru dan ianya ada didalam sekular bertulis kerajaan.

Kedua, UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Ini yang dibawa oleh TSAM. Jadi sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjwab, TSAM telah berjumpa dengan Dong Zong untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa UEC tidak diiktiraf sebagai kelayakan memasuki IPTA dan Perkhidmatan Awam.

Selepas berjumpa dengan Dong Zong, perkara ini telah menjadi semakin jelas. Terdapat dua sebab mengapa UEC tidak diiktiraf bagi kemasukan ke IPTA dan Perkhidmatan Awam iaitu:

1. Taraf Bahasa Melayu, di mana korikulum mereka dikatakan tidak setara dengan korikulum Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Kandungan mata pelajaran Sejarah yang didalam UEC dan di ajar dikatakan tidak memadai dengan kandungan Sejarah yang dikehendaki oleh Kerajaan. 

Ramai yang berpendapat pihak Dong Zong berkeras mahu mengekalkan Perkara 1 dan 2 dan tidak mahu berganjak dalam hal ini. Namun sebenarnya ini tidak benar. Memetik ucapan Hansard TSAM didalam parlimen, TSAM dengan jelas telah mengatakan bahawa Dong Zong bersedia duduk berbincang dalam isu kandungan Bahasa Melayu dan Sejarah yang diajar dalam UEC dan bagaimana ianya dapat diperbaiki selari dengan kehendak kerajaan. 

Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle bersetuju dengan pendapat TSAM bahawa isu UEC ini bukan isu kaum, bukan isu bangsa, bukan soal orang Cina tetapi merupakan isu pendidikan yang harus diselesaikan tanpa sikap prejudis terhadap mana - mana kaum. Kita sudah pastinya tidak mahu negara kehilangan "the best brains" ini ke negara lain sekaligus merugikan negara. Oleh yang demikian, marilah kita sama - sama membuka minda dalam isu UEC dan cuba mencari win - win situation bagi semua pihak. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget