KL CHRONICLE: Puad Zarkashi : Rais Yatim galakkan politik jahat

Tuesday, October 20, 2020

Puad Zarkashi : Rais Yatim galakkan politik jahat

 


RAIS YATIM: REJAM MEREJAM LEPAS SETAHUN

Mohd Puad Zarkashi

Rais Yatim cadang “Politik Rejam Merejam” hendaklah dihentikan dulu. Dia cadang gencatan senjata. Lepas setahun baru mula balik.

Politik rejam merejam adalah politik jahat. Berpunca kerana dendam, syak wasangka dan tamak kuasa.



Nampak Rais Yatim menggalakkan politik jahat. Cuma dia minta jangan buat sekarang. Tunggu setahun lagi.

Buat jahat tidak kira masa. Jahat tetap jahat. Kenapa Rais Yatim fikir begitu. Dia orang lama. Dia orang berpengalaman. Dia Speaker Dewan Negara.

Biro Politik UMNO buat keputusan supaya Kerajaan PN mesti diurus atas prinsip konsensus parti bukan lagi oleh ahli parlimen secara individu.

Ia bertujuan untuk hentikan politik rejam merejam. Ia mesti dimuktamadkan oleh perjanjian hitam putih di mana wujud mutual respect, ada accountability dan trust.

UMNO tidak mahu terus direjam seperti di PRN Sabah. Ia mesti dihentikan. Sebab itulah UMNO mencadangkan terma baru secara hitam putih.

Justeru cadangan Rais Yatim adalah pelik. Hentikan rejam merejam sekarang. Lepas setahun merejam balik. Itu Politik gila namanya.

3 comments:

Anonymous said...

Dahsyat ni dah rejam lepas tu sula. Weeeeiiiiii jgn pi main bontot udah la yer. Dah la video tak jelas. Rakyat jelas kayangan kabur melayang.

Anonymous said...

Dr awal org bawah kata jgn bergabung ngan bunga. Kayangan nak tunjuk hebat. Jemput musuh dlm kelambu.
Stop pn. Kalau pas nak sgt biarkan. Umno hanya mn. Jika bermasalah teruskan berjuang sendiri.
SAMPAI SEKARANG AKU PERSOAL KENAPA KES MELIBAT ORG BERSATU/BEKAS TAK DIDAKWA?
MENGAPA HANYA UMNO?

Anonymous said...

Si rais lantikan muidin.
Paham paham ajelah.
Lantikan muidin dr org bersatu/pro mahathir?
Lantikan petinggi gomen zmn ph/era madey masih diteruskan?

Rakyat berharap apa?
Harapan rejam merejam?

Gila dpt pemimpin mcm ni.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget