KL CHRONICLE: Rayuan @NajibRazak kepada rakyat #Malaysia #KitaJagaKita #Covid19

Wednesday, March 25, 2020

Rayuan @NajibRazak kepada rakyat #Malaysia #KitaJagaKita #Covid19


Kepada tuan-tuan tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan ofis, tuan shopping kompleks, tuan pemilik teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa:

Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.

Namun, bank-bank sudahpun membenarkan bayanran ansuran ditangguh selama 6 bulan.



Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) mengikut kemampuan tuan-tuan ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini.

Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini.

Jika tuan-tuan tendang keluar penyewa kerana tak bayar sewa pun, tiada pelanggan baru yang akan ganti sewa pada masa susah ini.

Kita saling bantu-membantu pada masa susah.

Kita jaga kita.

Sumber: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156859347545952/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget