1. Kenapa ZAKARIA HJ HANAFI?
2. Kenapa bukan ketua bahagian, timbalan atau naib? Atau bukan ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri?
3. Hanya berjawatan pengerusi tetap cawangan, yang umum maklum cuma berfungsi setahun sekali sewaktu mesyuarat agung berlangsung sahaja?
4. Kenapa Zakaria yang berumur 58 tahun, seorang yang baru bersara dari perkhidmatannya di UKM, Bangi?
5. Bukan seorang anak muda yang mampu tarik perhatian lebih 50+ peratus pengundi saluran 4 hingga 7 Dun N24 Semenyih?
6. Persoalan di atas sedang berlegar dalam pemikiran rakyat Malaysia amnya, dan khusus kepada jentera koalisi BN dan Pas yang akan bekerja keras demi memastikan kemenangan beliau.
7. Baiklah. Ini pandangan peribadi saya bersandarkan hipotesis semasa dan sedikit nota yang saya ambil waktu 'bersiar-siar' di mukim Semenyih serta begaul mesra dengan qariah di sana.
8. Sebenarnya, selepas PRK Cameron Highlands yang menyaksikan YB Tuan Ramli Mohd Noor, berumur 60 tahun juga merupakan pesara polis, tidak menganggotai mana-mana parti baik dalam koalisi BN mahu pun Pas, telah diterima oleh pengundi dengan memberikan kemenangan besar kepada beliau baru-baru ini; merupakan manifestasi proses pemurnian dan perubahan yang dibawa oleh timbalan presiden juga menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Tok Mat Hasan.
9. Beliau mengambil langkah mudah, iaitu kembali kepada konsep asas; mendengar dan mengikuti kemahuan rakyat berbanding kemahuan ahli parti termasuk kepimpinan baik dalam negeri mahu pun kawasan itu sendiri, atau mana-mana kepimpinan tertinggi yang disyaki mempunyai agenda peribadi.
10. Sebab itu, dalam tulisan saya terdahulu, berulang kali dinyatakan bahawa kepimpinan negeri dan kawasan hendaklah berlapang dada walau siapa pun yang dipilih sebagai calon, dan akhirnya menjadikan kemenangan barisan koalisi pembangkang ini sebagai objektif utama DAN agenda membawa suara RAKYAT!
Sila baca di capaian
https://www.facebook.com/524968843/posts/10157058653048844?sfns=mo dan
https://www.facebook.com/524968843/posts/10157082119123844?sfns=mo
11. Adalah penting dalam misi pencarian calon yang boleh memberi kemenangan, pandangan dan suara rakyat (dalam kawasan tersebut) WAJIB didengari.
12. Sebenarnya, rakyat begitu skeptikal terhadap kepimpinan lama UMNO yang kononnya sebati dengan amalan gila kuasa, gila mengumpul kekayaan, bersikap elitokrasi dengan amalan kronisme dan nepotisme selain terpalit pada rekayasa skandal yang dicipta seperti 1MDB, NFC ‘feedlot’, Tabung Haji dan berbagai lagi.
13. Ya! Kita ucap ‘terima kasihlah’ kepada Chegu Bard dan kepimpinan parti PH yang berjaya menerap A.B.U atau ‘Asal Bukan UMNO’ sehingga detik 9 Mei 2018 menjadi bukti kejayaan formula mereka di samping rakyat juga akhirnya terpedaya dengan berbagai-bagai janji manis mereka demi mencapai kejayaan seperti yang mereka kecapi kini.
14. Dan percayalah, fenomena ini bukan sahaja berlaku di Hulu Langat, di mana Dun Semenyih kini sedang dipertaruhkan, bahkan hampir seluruh negara mempunyai persepsi yang sama terhadap kepimpinan BN/UMNO pra PRU ke-14 lalu.
15. Di sinilah, nama Zakaria Hj Hanafi dan beberapa nama lain muncul dan tersenarai pedek bagi pertimbangan Tok Mat Hasan.
17. Tetapi kenapa Zakaria, seorang pesara berumur 58 tahun yang dipilih?
18. Untuk calon dewan undangan negeri (Dun), bagi sebuah negeri di mana koalisi BN dan Pas hanyalah sebagai pembangkang, kemenangan yang dicari ini bukanlah boleh merubah status kerajaan negeri.
19. Kemenangan ini (jika menang), hanya bakal menambah satu kerusi dari lima yang sedia ada.
20. Ia amat jauh dari mengubah status pembangkang kepada kerajaan dan sebaliknya.
21. Kelmarin, Tok Mat Hasan dengan jelas menyatakan bahawa kemenangan yang dicari adalah satu REFERENDUM luahan hati rakyat dengan situasi politik semasa yang tidak menentu.
22. Ianya satu manifestasi perasaan rakyat di mana nilai diri pengundi terkait dengan soal kelangsungan hidup harian melibatkan kos sara diri yang nampaknya tidak dalam sifat kepedulian kerajaan baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan.
23. Manifesto ‘Peduli Rakyat’ yang sebelum ini menjadi slogan kerajaan PH Selangor, hanyalah suatu yang sedap halwa telinga mendengar, sedangkan hakikat yang sebenar, setiap janji yang pernah mereka taburi untuk menang PRU14 lalu hanyalah sekadar janji yang dimungkiri.
25. Sebagai contoh, hilang sudah pemberian air percuma, sebaliknya hanya percuma kepada kumpulan terpilih sahaja.
26. Lebih teruk, pengumuman Xavier Jayakumar tentang kenaikkan tarif air yang kononnya tidak dapat dielak, hanya menambah luka hati rakyat yang terasa mandat mereka kini dikhianati.
27. Begitu juga soal-soal bajet negara yang sebelum ini dapat membantu kumpulan-kumpulan sasar seperti petani, pekebun dan nelayan yang akhirnya dipotong (ironinya, menteri berkenaan mampu menangis sahaja sedangkan beliau jugalah yang menyarankan nelayan tanam nenas di belakang rumah) atau bantuan kepada orang kurang upaya (OKU), atau isu pampasan peserta Felda yang masih terjejas belum diselesaikan dan banyak lagi contoh tidak dapat saya lebarkan di sini.
28. Itu belum lagi soal amarah mahasiswa yang mewakili suara anak muda, dalam isu pinjaman PTPTN, di mana akhirnya mereka di-PTPTipu-kan oleh Rafizi dan Adam Adli sendiri.
29. Sebab itu, Tok Mat Hasan realistik - kemenangan ini (jika berlaku), bakal dijadikan satu referendum rintihan rakyat yang muak dengan kerajaan PH negeri mahu pun persekutuan.
30. Rakyat tidak suka kerajaan yang melebihkan politiking - demi mengekalkan kuasa, seperti yang berlaku dalam hal ehwal dalaman koalisi PH.
31. Bukanlah rahsia lagi, perseteruan Tun M dengan Anwar, Anwar dengan Azmin Ali, berkait soal siapa perdana menteri atau timbalan selepas ini.
32. Atau kemarahan Dap terhadap kemasukan bekas-bekas MP UMNO ke dalam PPBM yang dianggap ‘sampah’, dan banyak lagi perihal yang melebihkan soal politiking demi tampuk kuasa, berbanding keutamaan kepada rakyat.
33. Tok Mat Hasan optimis, mahukan calonnya menang sebagai tanda satu referendum bantahan rakyat. Noktah.
34. Tapi kenapa pesara? Bukan anak muda.
35. Baik. Mari kita berjalan-jalan sekitar Dun Semenyih.
36. Baik geografi mahupun demografi Semenyih sangat istimewa.
37. Ada kawasan bandar, ada kawasan pinggiran dan juga luar bandar. Cukup semuanya.
38. Bagi BN, calon yang dipilih mestilah seorang yang naturalnya mampu ‘deliver’, yakni mampu menterjemahkan dalam bentuk fizikal keringatnya tumpah kepada masyarakat.
39. Calon mestilah yang sudah biasa bersama masyarakat. Biasa bergaul dengan masyarakat. Biasa membuat kerja-kerja kemasyarakatan seperti hal ehwal qariah meliputi majlis kenduri-kendara, hal ehwal surau dan masjid, kematian dan sebagainya.
40. Tidak malu atau segan silu untuk masuk ke dapur dan membasuh pinggan mangkuk dalam majlis kenduri. Atau ke liang lahat bagi menyambut jenazah dalam urusan kematian.
41. Pendek kata, Tok Mat Hasan mahukan calon BN adalah seorang yang mampu ‘deliver’ seandainya menang.
42. Beliau tidak mahu calon retorik seperti retoriknya calon ‘fresh’, kacak, berprolifik, muda bertenaga dan seumpama dengannya sedangkan realitinya hanya pandai bergaya sahaja.
43. Bagi Tok Mat Hasan, itu hanyalah retorik yang mampu mengaburi minda terutama orang muda yang mudah halusinasi dengan pandangan mata kasar sahaja.
44. Hakikatnya, calon itu tak lebih hanyalah ‘boneka’ kepada pimpinan parti koalisi PH yang sedang mabuk berpolitiking soal kedudukan dan kuasa.
45. Di sinilah munculnya nama Zakaria Hj Hanafi. Sifat-sifat yang dikehendaki oleh Tok Mat Hasan cukup padanya.
46. Masuklah ke kampung Sisipan Kelubi, Beranang.
47. Sebutlah nama Zakaria Hanafi. Boleh dikatakan semua kenal beliau.
48. Belum lagi diambil kira soal waris wala’nya yang ramai di situ. Sememangnya nama Zakaria amat disenangi di kawasan itu.
49. Dan kenalannya bukan sekadar di sekitar Beranang, ia membawa hingga ke Jenaris dan Kajang.
50. Seperti kata-kata Ustaz Hafeez, pengerusi surau Al-Falah Sekelubi di mana Zakaria menjadi setiausaha jawatankuasa surau tersebut:
“Orang kampung dah biasa jolokkan beliau dengan panggilan YB dari zaman dulu-dulu lagi...
“Ini kerana sifat rajin dan ringan tulangnya membantu masyarakat di sini tanpa mengira soal waktu, wang ringgit atau niat mendapat laba atau apa-apa imbuhan.
“Beliau memang semula jadi rajin dan disenangi ramai.
“Mudah-mudahan momokkan orang ramai selama ini menjadi satu doa supaya beliau benar-benar menjadi YB”.
51. Oh ya, satu lagi. Jika kita mahu melihat sejauh mana ke-bertanggungjawab-an manusia itu, kita lihatlah dari isi rumahnya dahulu. Di situlah ia bermula.
52. Zakaria Hj Hanafi ini berjaya mengasuh seluruh anaknya menjadi insan tedidik dengan pelajaran tinggi dan kerjaya yang baik.
53. Keluarganya adalah contoh keluarga yang dihormati masyarakat sekeliling.
54. Sudah sampai masanya untuk beliau kini memanjangkan usaha baktinya kepada masyarakat Dun Semenyih dengan sifat terpujinya itu.
55. Saya secara peribadi mendoakan kejayaan beliau agar seterusnya dinobatkan sebagai Adun kawasan N24 Semenyih pada 2 haribulan Mac nanti.
56. Ya, ZAKARIA HJ HANAFI mungkin orang biasa, tetapi bukan 'biasyer-biasyerrr!'
Wallahua’lam bissawab.
29 comments:
Yg pasti sebenar benarnya sijil pencapaian akademik calun UMNO BN tidak menipu.
Ingat tdk sekali kali menipu.
tahniah sahabat.moga perjuangan umno dan BN menui jalan yang benar.
Moga beroleh kejayaan
Moga beroleh kejayaan
Fenomena sijil palsu seperti gunung ais mencair. Tdk mustahil akhirnya melimpah ke seluruh negara. Adakah anda pernah dgr kes pekerja yg tdk tau buat kerja terutama kertas kerja/paper work di sektor/co swasta. Bergaji tinggi kerana berdsrkan sijil yg dipersembah ke majikan atau sebangsa dgn tuan punya co tetapi tdk tau buat kerja. Jika melihat dr sijil yg gah pencapaiannya, kita sendiri rasa pelik jika ada yg tdk boleh buat sesuatu kerja yg mudah. Mulai sekarang adakah anda mulai meragukankan akademik mereka? Tdk mustahil co. swasta besar perlu ada satu unit utk memastikan ketulenan sijil mereka. Atau rakan setugas boleh mencari info jika seseorg bergaji tinggi tapi tak tau buat kerja hahahaha.
Ini bkn satu dua kes sijil palsu dlm ph. Tapi melimpah. Belum lagi pegawai khas lantikan politik kiri kanannya. Paling menakutkan jika mereka mengetuai/pimpinan kanan glic glc. Mampuihhhhh betul betul bankrap la.
Amacam pengundi ph yg berkelulusan tinggi mengharapkan pimpinan utk menerajui negara yg konon boleh membuat hidup anda senang tetapi menipu sijil mereka?
Adakah anda ada masa utk pening kepala?
Anda tetap kena byr ptptn.
Haaaa tepokkkkkkk
No. 23.... Manifesto peduli rakyat yg menjd slogan ph hanya sedap halwa telinga mendgr, kini baru sdr hakikat sebenarnya betul betul taik telinga.
Hahahaha kena kencingggggg hancinggggg
No 25/26 AIR...
Masa pegang negeri nak tunjuk ph negeri prihatin/berkebajikan rakyat. Konon hebat kelola duit. Yg lain limpah ke pusat. Senang je humban semua ke pusat. Semua tanggungjawab pusat. Tunjuk je jari ke umno bn. Perbelanjaan negeri hanya tumpu ke beberapa bahagian sahaja cth bonus, air. Yg lain cakap je ke rakyat, ini pusat punya, pusat bertanggungjawab. Pusat buat apa? Duit pi mana?
Ha sekarang dah jd kerajaan. Nak tunjuk kat sape? Perbelanjaan negara meliputi semua kementerian bkn terpilih saja. Tanggunglah semua. Dr kg ke bdr, segala ceruk kena tanggung. Peruntukan negara bkn hanya setakat sek cina sahaja?
No 28.. ptptn... ni kencing sungguh. Tadah mulut nga nga ngeh ngeh ngeh... diskaun pun melayang. Betul betul diperbodohkan.
No.42..
REALITI HANYA PANDAI BERGAYA SAHAJA... BERGAYA DGN PENCAPAIAN SIJIL PALSU.
KAH KAH KAH..
No 55...
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNMMMMMMMMMMMM
No.55...
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNM
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
YESSSSSSSSSSS....
BARU BETULLLLLLLLLL....
MALU APERRRRR BOSSKUUUUUUU....
UNDILAH ⚖
JANGAN UNDI 🌺
JADILAH PENGUNDI YG EDUCATED
JANGAN JADI PENGUNDI YG MENADAH KENCING MENTERI KABINET.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
PENGUNDI CAMERON HIGHLANDS DAH MENUNJUKKAN KEBIJAKSANAAN MEREKA, INI KALILAH PELUANG ANDA DI SEMENYIH. KASI GEGAR.. MALU APA BOSSKU!
Takut terkantoi mcm kat ch. Rombongan ph berpusu pusu pi semenyih sebelum penamaan calun. Bagi mcm mcm. Janji pun byk. Takut kata dedak/rasuah prk.
Ambik jgn tak ambik. Bagi duit ambik jgn tak ambik. Bagi brg dapur ambik jgn tak ambik. Undi tetap BN. Yg jgn diambik air mata taik masin pimpinan ph. Jgn ditadah pulak buat penerang hati. Makin bengap lagi ada la ooiii kikikiki.
Dulu sijil palsu dipersembah.
Kini gimik airmata perasmian.
Apa kejadah org tgh susah dibuat main.
Gimik tak bertempat.
Pementasan bodohhhh.
Haramjadah betul.
Cerita p.ramlee: menangis konon. Jantan tak tau malu. Kehkehkeh
Masa sawit getah jatuh harga tak pulak ko menangis. Mazlan aliman pi mana? Bantuan ditarik balik. Apa punya menteri? Selama ni buat apa? Turun telor 2sen? Nelayan ko suruh tanam apa?
Ke nobita dah lulus dana? Menangis dulu tunjuk prihatin. Nanti umum bantuan konon kerajaan prihatin kat rakyat. Wayang sempena prk semenyih?
Patut la dibawah Pakatan Hancing negara semakin mundur, rakyat semakin sengsara, rupa2nya ramai pemimpin2 mereka tidak berpelajaran tinggi!
Mat Sabu lulus apa eik? La ni kementerian pertahanan macam takde kemajuan lansung..., lagi satu nak tanya apa sudah jadi dengan siri2 siasatan Mat Sabu dikementeriannya yang berdegar2 tempohari? Dah lama sangat siasatan berjalan, result takde? mengabih boreh saja?
Kena panah ngan girl string baru bersemangat. Belum dpt tu yg lesu hihihihi. Siasatan haprak. Air kencing dah boleh jual jd berlian.
Seorang penolong pegawai yg melahirkan 3 anak yg sekarang menjadi doktor
Kepada pengundi2 Semenyih, awas! toyol2 yang berkeliaran dibangunan MoF sekarang bukan TOYOL BIASHEE BIASHEE, toyol2 tersebut luarbiasa boleh menjahanamkan orang Melayu!!!
Calon BN tersebut mukanya nampak bersih, hatinya juga bersih, punyai kesopanan dalam bekeluarga, anak2 cemerlang, budi pekerti tinggi... dan TIDAK MENIPU KELULUSAN AKADEMIK!!!
Mat Sabu ni pemegang IZAZAH apa eik? Suatu masa dahulu pernah campaign mikrofon!! Nampak macam badigol je?
Mana Ted Monoff? Senyap je? Ker dah masuk gua?
Hello Ted... hellooooooo, mana Ted ni?
Ted.... kami rindu nak bacer komen bangang kau. Sehari tak bacer rasa resah gelisah. Datang le segera, Ted! Aduh rindunya kami pada kau Ted. Jangan lama-lama dok bertapa dalam gua tu, nanti kau sakit jiwa. Kembali le Ted, please.. ha ha ha
🚴 >>>>> prottt pett 💨
Post a Comment