KL CHRONICLE: Penjelasan tentang "MO1" dan mengapa DOJ takut hendak ambil apa - apa tindakan undang - undang #KitaOK #kltu #jbtu

Tuesday, March 20, 2018

Penjelasan tentang "MO1" dan mengapa DOJ takut hendak ambil apa - apa tindakan undang - undang #KitaOK #kltu #jbtu


Sudah ada beberapa warga FB bertanya komen saya mengenai MO1.

Ini komen saya.

Pertama, di mana-mana agensi penyiasatan di dalam dunia, adalah utama seseorang itu adalah tidak bersalah selagi dianya di buktikan bersalah - a person is innocent until proven guilty.

Sebagai sebuah agensi siasatan yang berwibawa, dan ini termasuk juga agensi-agensi siasatan Malaysia, adalah tidak mengikut etika jika agensi tersebut menunding jari kepada sesiapa  tanpa bukti yang boleh membawa kepada pendakwaan di dalam mahkamah.



Berkenaan DOJ, adalah amat pelik mereka menunding jari kepada seorang ketua kerajaan sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Adalah perlu juga saya nyatakan di sini bahawa adalah amalan antarabangsa bahawa ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan dan ahli-ahli diplomatik mendapat kekebalan dari pendakwaan, sama pendakwaan melakukan sesuatu sebagai tindakan resmi ataupun peribadi.

Adalah mustahil DOJ tidak tahu perkara ini.

Maka, apakah tujuan DOJ mengeluarkan lapuran menyebut “MO1”?

Adalah nyata, DOJ tidak berani secara lansung menamakan siapa yang di maksudkan MO1 itu.

Maka, they did the next best most damaging action, menggunakan nama samaran MO1.

Walaupun begitu, kita perlu fikir - adakah lazim mana-mana lapuran resmi dari mana-mana agensi kerajaan menggunakan nama samaran?

Adakah pernah anda lihat mana-mana lapuran atau dokumen resmi menamakan sesiapa sebagai “Si-Anu”?

Adakah itu suatu amalan beretika untuk menunding jari kepada seseorang tetapi menggunakan nama samaran?

Bukankah itu sebagai seorang yang membaling batu tetapi menyorok tangannya?

Adakah lojik jika mana-mana agensi penyiasatan mana-mana negara buat lapuran dan menunding jari kepada si-Anu yang kebetulannya ketua kerajaan sesebuah negara?

Kalau begitu, amatlah senang dan mudah sesebuah negara memalukan mana-mana ketua negara lain untuk pelbagai tujuan politik dan geo-politik.

Jika Malaysia atau United Kingdom tidak suka seseorang ahli politik menjadi Presiden atau Perdana Menteri sebuah negara lain (atas sebab-sebab dasar-dasarnya yang tidak seiring dengan kemahuan Malaysia atau United Kingdom), maka Malaysia dan United Kingdom buat sidang akhbar dan keluarkan lapuran menamakan “Si-Anu” sebagai suspek.

Wahhh!

Maka, adalah kesimpulan saya bahawa kisah DOJ dan MO1 ini sebenarnya timbul dari suatu kemelutan politik domestik USA, di mana timbul sesuatu perbalahan di antara pihak Demokrat dan Republican yang saya percaya kait-mengait dengan isu-isu ketua jabatan DOJ itu sendiri yang bertelagah dengan Presiden Trump - anda boleh google kisah berbelit-belit mengenai perkara ini.

Atau ada kemungkinan ketua DOJ ketika itu di pengaruhi oleh pelobi atau pelobi-pelobi yang mahal bayarannya?

Nota:

Personal immunity arises from customary international law and confers immunity on people holding a particular office from the civil, criminal, and administrative jurisdiction. It is extended to diplomatic agents and their families posted abroad and is also valid for their transfer to or from that post, only for the country to which they are posted. Under personal immunity, private residence, papers, correspondence, and property of an official enjoying personal immunities are inviolable.

According to Cassese (2005), personal immunities are extended to cover personal activities of an official, including immunity from arrest and detention (but the host state may declare the person persona non grata), immunity from criminal jurisdiction, immunity from the civil and administrative jurisdiction of the host state.

4 comments:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK!!!!!

Anonymous said...

Mamak Matdey si Tua Renta hati KOHOK.......

Anonymous said...

Pertandingan 3 penjuru atau lebih ....akan mengakibatkan PKR akan terkulai di Selangor....tambahan pulak dengan sikap Assmin MB Jamban yg EGO dan lupa daratan....Parti PAS akan hancurkan PKR Selangor....tunggu dan lihat.....

Anonymous said...

MOGA SELANGOR AKAN KEMBALI DIPERINTAH OLEH BN....AMINNNN!!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget