KL CHRONICLE: Dulu Bukit Bendera, kemudian Kluang sekarang Ayer Hitam lepas ni mana pula? #Katak #DAP

Monday, March 19, 2018

Dulu Bukit Bendera, kemudian Kluang sekarang Ayer Hitam lepas ni mana pula? #Katak #DAP


Kami di #KLChronicle sangat simpati melihat bagaimana parti Cina Chauvinis DAP memperbodohkan penyokong - penyokong mereka serta rakyat di beberapa kawasan hanya kerana sikap mereka yang berdendam, gilakan kuasa dan tamak. Ini terbukti apabila semalam DAP mengumumkan Liew Chin Tong sebagai calon mereka di kawasan Parlimen Ayer Hitam untuk berdepan dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong. 

Siapa Liew Chin Tong sebenarnya?



Liew Chin Tong merupakan seorang Ahli Parlimen dari parti DAP yang merupakan anak jati Negeri Selangor.  Beliau mula menjadi Ahli Parlimen di Bukit Bendera, Pulau Pinang kemudian cabut ke Kluang, Johor dan kali ini menukar pula tempat ke Ayer Hitam. Jika dilihat dari perjalanan politik Liew Chin Tong, beliau tidak pernah kekal di satu kawasan tetapi menjadi "katak" dan lompat ke kawasan yang lain setiap kali bila Pilihan Raya Umum (PRU).



Tindakan menjadi "katak" yang dipraktikan oleh Liew Chin Tong ini sama dengan apa yang dipraktikan oleh bapa DAP iaitu Lim Kit Siang. Beliau sendirian sahaja sudah "lari" dari beberapa kawasan setiap kali PRU. Apabila ini berlaku, yang paling kasihan adalah nasib rakyat di kawasan mereka yang gagal mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Buat apa Ahli Parlimen DAP ini mahu bersusah payah berkhidmat untuk rakyat apabila mereka tahu bila PRU mereka akan lari ke kawasan lain.

Ini berbeza dengan jasa dan sumbangan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong. Beliau sudah berkhidmat dua (2) penggal di Ayer Hitam dan PRU kali ini akan menjadi PRU ketiga beliau di kawasan tersebut. Beliau sudah menggalas tanggungjawab dan memberikan khidmat bakti kepada warga Ayer Hitam dengan sehabis baik. Malah, walaupun menyedari DAP akan bertanding di Ayer Hitam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong tidak pula "cabut lari" seperti pemimpin - pemimpin DAP yang lain.

Persoalanya sekarng, adakah warga Ayer Hitam sanggup diperbodohkan oleh DAP?

Kami di #KLChronicle yakin bahawa Liew Chin Tong pada PRU - 15 akan cabut lari ke tempat lain dan tidak akan kekal di Ayer Hitam. Oleh yang demikian, buat apa warga Ayer Hitam memberi undi kepada Liew Chin Tong dan DAP? Mereka ini hanya tahu berpolitik sahaja tetapi gagal berkhidmat kepada masyarakat.

Tanya sahaja warga Gelang Patah. Tengok betapa "useless-nya" Lim Kit Siang sebagai Ahli Parlimen mereka. 

2 comments:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK.....

Anonymous said...

http://sangkakalajari9.blogspot.my/2018/03/astaghfirullah-berjanggut-berlebai-tapi.html

link atas

berjubah ...serban janggut tebal... bini purdah kuat fitnah....


doooooniaaaaa... oooooh.... doooooniaaaaa

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget