KL CHRONICLE: Pembahagian Kerusi : Muslihat DAP Untuk Tagih Undi Orang Melayu

Wednesday, January 17, 2018

Pembahagian Kerusi : Muslihat DAP Untuk Tagih Undi Orang Melayu



Beberapa jam yang lalu, Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) yang memperlihatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat agihan kerusi yang paling banyak dan beranggapan bahawa ada muslihat dalam pembahagian kerusi tersebut.


Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa;

“Kalau mahu lantik Perdana Menteri Malaysia, PH tak boleh hanya menghitung dengan 165 sahaja.
"Kerusi Parlimen ada 222 seluruh negara, jadi mereka kena kira 222 kerusi. 
"Tetapi kenapa mereka hanya isythiar 165 kerusi sahaja? Apa muslihatnya?
“Bagi saya, apa yang mereka nak gambarkan dalam pembahagian kerusi itu, adalah supaya nampak macam PPBM paling banyak dapat kerusi dan secara tak langsung, PPBM bakal jadi parti paling tinggi kerusinya di dalam PH nanti. 
"Tapi apabila kita kira dan hitung-hitung semula jumlah kerusi yang ada, saya lihat kerusi parlimen Malaysia ini, 1/3 nya ada di Sabah dan Sarawak.
“Jika berdasarkan apa yang DAP sebut bahawa mereka akan bertanding di kerusi di Sabah dan Sarawak, di mana DAP mahu bertanding sebanyak 8 kerusi di Sabah, lebih empat kerusi daripada PRU sebelum ini.
“Di Sarawak pula, DAP mencanangkan mereka akan bertanding sebanyak 11 kerusi di Sarawak. 
"Kalau kita campurkan kerusi yang akan ditandingi DAP iaitu 8 di Sabah,  11 di Sarawak dan 35 di Semenanjung, maka kerusi DAP sudah jadi 54 kerusi yang akan mereka bertanding.
“Tetapi PPBM tidak bertanding di Sabah dan Sarawak. 
"Ini bermakna kerusi PPBM hanya mampu mendapatkan 52 kerusi kalau menang semua, berbanding DAP yang boleh mencapai 54 kerusi jika mereka menang semua.
“Jadi sebenarnya, kalau dihitung keseluruhannya termasuk Sabah dan Sarawak, maka bukanlah PPBM yang jadi parti pemegang kerusi tertinggi, sebaliknya DAP akan tetap menjadi parti yang paling berkuasa di dalam PH,” tegasnya.
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Annuar Musa ini ada benarnya. Pihak pembangkang terutamanya DAP sangat licik dalam bermain politik apabila mereka mengumumkan PPBM mendapat kerusi terbanyak dalam PRU - 14 di Semenanjung tetapi mereka tidak memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka (DAP) yang akan bertanding paling banyak kerusi di Sabah & Sarawak. 

Sebab utama DAP tidak memberitahu rancangan mereka di Sabah & Sarawak adalah kerana mereka tahu jika rancangan ini terbongkar, orang Melayu & Islam tidak akan mengundi Pakatan Harapan pada PRU yang akan datang kerana secara efektif nya jika PH berkuasa, orang Melayu & Islam sendirinya akan hilang kuasa kepada orang Cina DAP. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibenarkan sama sekali. 

Secara tidak langsung, DAP cuba memperbodohkan dan mempermainkan orang Melayu dengan menggunakan PPBM. Bagi kami di #KLChronicle, adakah ini sahaja maruah kita sebagai orang Melayu dimana kita boleh membenarkan parti PPBM untuk "screw" orang Melayu dan dipergunakan oleh Cina - Cina DAP ini? Ini merupakan satu penghinaan kepada orang Melayu di negara kita.

Kami di #KLChronicle merayu kepada semua pihak, terutamanya orang Melayu Islam supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan kelicikan pihak DAP untuk merampas kuasa. Mereka telah akui Dr. Mahathir dan PPBM hanya digunakan untuk meraih undi orang Melayu. Apa mereka ingat kita orang Melayu ini boneka yang boleh diperbodohkan sebegini rupa?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget