KL CHRONICLE: Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14 #kltu #jbtu #AWANINews

Wednesday, January 17, 2018

Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14 #kltu #jbtu #AWANINews


Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM sementara, itu akan tinggal angan angan semata mata.

Dalam kajian Politweet yang terbaru itu, didapati 45% pengundi menyokong Barisan Nasional, manakala PPBM dan PAN akan kalah teruk pada PRU14.



Ini bukan kali pertama Politweet membuat kajian yang memihak kepada BN. Pada Julai 2017, Politweet menyatakan 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Sebelum ini lagi, banyak kajian yang meramalkan Barisan Nasional akan terus menang pada PRU14. The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pada penghujung tahun 2017, The Economist Intelligent Unit sekali membuat ramalan Datuk Seri Najib akan memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Menurut The Economist, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan firma firma penyelidikan luar negara tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kedudukan ringgit ternyata tepat. Hari ini, pertumbuhan ekonomi negara adalah antara yang terbaik di dunia dan ringgit semakin mengukuh kepada RM3.95 berbanding dollar.

Dalam kajian yang dibuat oleh Politweet itu, mereka mendapati parti PPBM adalah yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Dalam analisis Politweet yang dibuat berdasarkan keputusan PRU13 pada 2013, DAP dikatakan akan menang paling banyak iaitu 31 kerusi, hanya kalah 4 kerusi sahaja, PAN diramalkan dapat 18 kerusi  manakala PPBM diramalkan menang 6 sahaja.

Kalau tengok pada trend pada PRU13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus, hanya kalah 5 kerusi. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 sahaja dari 52 kerusi yang mereka bertanding dengan peratusan 11.5 peratus sahaja.

Di atas kertas, PAN diramal dapat 18 dan PPBM dapat 6 kerusi. Itu jumlah yang terlalu banyak. Sebenarnya di peringkat bawah, hendak dapat 18 kerusi dan 6 kerusi itu pun belum tentu bagi PAN dan PPBM. Silap silap, PAN dapat 2 kerusi  dan PPBM dapat 2 kerusi sahaja. Faktor calon PAS belum diambil kira oleh Politweet.

Dengan parti PAN tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di beberapa buah negeri ini membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj penyokong sendiri. PAN di Wilayah Persekutuan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU14 selepas kerusi Titiwangsa diberikan kepada PPBM.

PAN Johor bengang kerana hanya dapat dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak juga tidak berpuas hati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu di Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku, Politweet meramalkan PH hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Bermaksud Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan dengan 139 kerusi parlimen, ramal Politweet.

Ramalan Politweet ini akan membuatkan pembangkang semakin gelabah untuk berebut kerusi yang selamat dan boleh menang untuk mereka. Azmin Ali sendiri pun sudah hendak lari dari Gombak, begitu juga Nurul Izzah mahu lari dari Lembah Pantai, begitu juga dengan Kit Siang mahu lari ke Alor Setar. Bila jadi ahli parlimen dan tidak beri khidmat pada rakyat, siapa lagi yang mahu percaya dengan pembangkang.

Pembangkang hanya mahu jawatan semata mata. Sesudah dapat jawatan, mereka lari dari kawasan dan sibuk berpolitik 24 jam. Ini sebab utama kenapa rakyat tolak mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus fokus menjaga dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kajian Politweet ini menguatkan lagi hujah bahawa pembangkang akan kalah teruk pada PRU14 nanti.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget