KL CHRONICLE: Apa bezanya UMNO dan Parti Pribumi?

Thursday, January 18, 2018

Apa bezanya UMNO dan Parti Pribumi?


UMNO lahir di Istana Besar, Johor.

Zahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.



Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Dari sejarah ini, UMNO mempunyai rangka parti yang mampan, terdiri dari 191 bahagian dan 21,851 cawangan, dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Kepimpinan UMNO hanya boleh wujud dengan sokongan majoriti bahagian-bahagian ini, dan kepimpinan bahagian-bahagian pula wujud kerana ada sokongan dari cawangan-cawangan.

Pendek kata, UMNO adalah sebuah parti yang berteraskan prinsip “bottom up”, dari akar-umbi.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa dari bahang pemecatan YBhg Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, mesyuarat peringkat bahagian pada tahun itu amat genting sekali kerana jika majoriti bahagian-bahagian bersetuju untuk membawa usul tidak menyokong DS Najib sebagai Presiden UMNO, suatu usul untuk menyeru DS Najib meletak jawatan boleh di buat di Perhimpunan Agung UMNO pada penghujung tahun itu.

Sungguhpun begitu, hanya tiga dari 191 bahagian menyatakan ketidaksokongan mereka kepada kepimpinan DS Najib dan baru-baru ini, pada bulan Disember 2017, kesemua 191 bahagian memberi sokongan padu kepada Presiden mereka.

Perlu juga di sebut sini, dari sejak lahirnya UMNO, matlamat perjuangannya adalah jelas dan tidak berganjak dan pudar dek arus zaman - untuk menegakkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, membela nasib kaum Bumiputra dan memelihara kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Untuk parti Pribumi pula, ianya tidak di lahirkan dari semangat dari akar umbi, sebaliknya ianya di tubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai sebuah “vehicle” atau alat untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan yang sedia ada.

Sungguhpun PPBM meniru rangka struktur parti sama seperti UMNO, dengan menubuhkan peringkat bahagian dan cawangan, kepimpinan di peringkat bahagian tidak datang dari ahli-ahli akar umbi. Kita telah mendengar kelohan, rungutan malah kemarahan ahli-ahli akar umbi dek kerana pemimpin di peringkat bahagian dan negeri adalah pilihan pemimpin tertinggi, ala diktator, secara “top down”.

Adalah jelas Tun Mahathir memikirkan parti PPBM itu adalah parti peribadinya - sebuah organisasi yang di tubuhkan olehnya, untuk menjalinkan hasrat dan tujuannya. Memetik perkataan yang di minati oleh seorang penyokong pembangkang - titik. Full stop. No more, no less than his own personal organisation.

PPBM tidak mempunyai prinsip perjuangan bangsa. Di dalam ucapan dasarnya baru-baru ini, bukannya Tun M mengaris dan menghuraikan dasar perjuangan parti serta wawasan alternatif untuk pembangunan bangsa dan negara tetapi hampir keseluruhan ucapan beliau di isi dengan cemuhan dan perlekehan DS Najib.

Haruskah perjuangan sesebuah parti berasaskan suatu “personal vendetta” atau “hasad dendam peribadi”?

Ini di buktikan lagi dengan jawapan Tun M kepada bebeapa soalan yang boleh di anggap teramat penting dan fundamental - “Kita jatuhkan Najib dahulu”.

Kesimpulan saya ini di sokong lagi dari penglihatan saya di mana sejumlah besar dari pemegang jawatan parti PPBM ini terdiri dari mereka yang kecewa, ahli-ahli UMNO yang “frustrated” kerana kalah pertandingan di dalam parti UMNOnitu sendiri, atau mereka yang gagal mendapat kontrak atau bantuan dari kepimpinan UMNO atau mereka yang mempunyai hubungan sentimental dengan Tun Mahathir.

Adalah minoriti tersangat kecil di kalangan angkatan ahli PPBM yang menyerta parti tersebut kerana perjuangan agama, bangsa dan negara dengan bertunjangkan wawasan atau perancangan alternatif yang bernas lagi realistik.

Ini juga dapat di buktikan dari laungan-laungan mereka di alam siber yang terdiri dari posting-posting yang merupakan fitnah, tohmahan dan juga makian semata-mata, semuanya berasaskan sentimen negatif.

Sebaliknya, UMNO adalah berasaskan semangatbperjuangan yang positif - UMNO dan Presidennya mempunyai suatu pelan yang telah di laksanakan, dan akan terus di laksanakan untuk mendokong cita-cita hasrat anak bangsa Bumiputra - untuk agama, bangsa dan negara.

Itulah bezanya UMNO dan PPBM.

Saiful Baharom.

2 comments:

Anonymous said...

kakakkakakka...syok sendiri nampak?

Orang melayu said...

Bkn syok sendri tp reality

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget