KL CHRONICLE: TSAM : Muhyiddin bohong, tak pernah tegur Najib dalam MT UMNO #Negaraku #Malaysia #YP

Wednesday, December 20, 2017

TSAM : Muhyiddin bohong, tak pernah tegur Najib dalam MT UMNO #Negaraku #Malaysia #YP


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia hari ini mendedahkan sikap sebenar Pengerusi PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau (TSMY) berada didalam UMNO. Umum ketahui bahawa media - media propaganda pembangkang seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan juga cybertroopers pembangkang selalu memberikan gambaran bahawa TSMY dipecat dari UMNO "konon-nya" kerana beliau membangkitkan isu 1MDB dan wang derma RM 2.6 Billion dari keluarga Diraja Arab Saudi.





Namun, sebaliknya yang berlaku apabila TSAM mendedahkan bahawa Muhyiddin bohong dan langsung tidak pernah menegur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tentang 1MDB mahu pun wang derma RM 2.6 Billion dari Kelaurga Diraja Arab Saudi. Pendedahan TSAM ini membuktikan bahawa Muhyiddin hanya memberikan persepsi bahawa beliau membangkitkan isu ini ketika berada didalam UMNO tetapi sebenarnya tidak



Ini juga dengan jelas membuktikan bahawa Muhyiddin Yassin serta portal - portal pembangkang merupakan telah bohong dalam isu ini. Lihat sahaja video diatas yang diambil semasa ucapan Muhyiddin Yassin didalam Parlimen. Memetik ucapan beliau, Muhyiddin Yassin telah berkata :
Tetapi yang dipecat ialah timbalan perdana menteri. Saya bukan bekerja di 1MDB, dan ini luar biasa."
Beliau cuba mengaitkan pemecatan beliau dengan 1MDB walhal ini tidak benar sama sekali. Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO kerana beliau dengan jelas telah melanggar disiplin parti. Malah, pemecatan Muhyiddin Yassin bukan dilakukan oleh Presiden tetapi merupakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO. Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle ingin menasihatkan pembaca supaya jangan termakan dengan fitnah yang cuba dijaja oleh pihak pembangkang konon nya Muhyiddin Yassin merupakan seorang "Hero".


Sebenarnya beliau merupakan seorang loser yang telah termakan hasutan Dr. Mahathir dengan janji bahawa YAB PM boleh dijatuhkan namun ini tidak berlaku. Akhirnya, yang rugi adalah Muhyiddin Yassin sendiri kerana bertindak tanpa integriti dengan cuba menikam Ketua beliau sendiri. 

Adakah orang seperti ini yang kita mahu untuk mentadbir negara? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget